Minta pegawai kerajaan lapor kepada pembangkang jika wujud salah guna kuasa dalam pentadbiran |
Persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa terhadap agensi penguatkuasaan di negara ini tercalar selepas kewibawaan institusi kehakiman dibayangi campur tangan pihak ketiga.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata, ia kelihatan ketara selepas wujudnya dakwaan pihak tertentu yang membantu menyembunyikan tiga saksi penting 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1 Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador baru-baru ini berhubung usaha menggunakan pelbagai cara bagi menghalang siasatan yang adil dan telus ke atas kes 1MDB mengubah persepsi rakyat terhadap kewibawaan agensi berkenaan.
“Khususnya penyaluran wang RM42 juta dari SRC International ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.
“Dengan pendedahan mengejutkan ini, saya tertanya-tanya apa lagi keyakinan yang dapat diberikan kepada pihak berkuasa khususnya PDRM,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya pada Rabu.
Bagi mengekangnya, bekas Ketua Penerangan Pas Pusat itu menyeru kepada pegawai kanan kerajaan untuk tampil ke hadapan bersemuka secara terbuka atau sebaliknya untuk mendedahkan segala maklumat perbuatan jenayah dan salahguna kuasa yang dilakukan oleh sebilangan mereka di dalam kerajaan.
“Saya dan pimpinan-pimpinan parti-parti pembangkang negara ini bersedia mendengar dan juga menggunakan apa jua ruang yang ada untuk melindungi pegawai-pegawai terbabit.
“Tanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini dari kerosakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan kerajaan UMNO serta BN bukanlah menjadi tangungjawab parti-parti pembangkang sahaja,” tegasnya.
Tegasnya setelah berdepan dengan masalah ekonomi, apa yang berlaku jika tidak dihalang akan mempercepatkan lagi kehancuran negara.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.