Rozita Che Wan Sekat Pengikut Di Instagram

Rozita Che Wan Sekat Pengikut Di Instagram

Rozita Che Wan Sekat Pengikut Di Instagram


KUALA LUMPUR, 9 JUN 2014: Pelakon popular Rozita Che Wan membuat pengakuan yang dia telah menyekat hampir 1,000 orang pengikut  di laman sosial Instagram miliknya kerana tidak selesa dengan komen yang diberikan setelah gambarnya di muatnaik.

“Bagi saya nak komen itu boleh tapi jangan keterlaluan yang boleh menyakitkan hati saya, sebab ia merupakan ‘personal’, kalau tak suka jangan tekan ‘follow’,” katanya dalam rancangan Bual Bicara Apa Kata Malaysia yang dihoskan Datuk Aznil Hj Nawawi di Astro Ria dan Maya HD.

Menurutnya, ianya berlaku apabila dia memuatnaik gambar percutian bersama suaminya Zain Saidin yang berpelukan dan seolah-olah bercium berlatar belakangkan menara Eiffel dikecam hebat.

“Saya bergambar dengan laki saya, bukan orang lain, memanglah nampak gambar itu macam bercium tapi hakikatnya tidak,” katanya.

Meskipun sudah diterangkan dengan jelas, ada segelinitir pengikutnya di Instagram yang masih tidak memahami dan tidak terima dengan jawapan diberikan.

Walaupun dia kadang-kala sakit hati dengan komen-komen yang diberikan, namun Che Ta tidak terlalu memikirkannya sehingga boleh menggangu kehidupan harian.

Rozita Che Wan yang hamil 5 bulan itu turut merasakan komen mengenai warna rambut Zain tak wajar diperbesarkan.

“Pasal warna rambut suami saya itu, tak perlulah dijadikan isu, Zain terikat dengan kontrak lakonan Oh My English dengan memegang watak sebagai Mr Henry Middleton sehingga berakhir penggambarannya hujung tahun ini.”

Ketika ini Rozita mempunyai  lebih 300,000 pengikut  menerusi akaun Instagramnya iaitu rozitachewan1.


iskandarX: bagus bagus Che Ta block aje dorang tu suka ati la nak upload gambar dah kawin kan? Nasib baik kena block ja daripada kena cekik.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers