Saluran Baru Hyppflicks Fokus Filem Melayu Blockbuster

Saluran Baru Hyppflicks Fokus Filem Melayu Blockbuster

Saluran Baru Hyppflicks Fokus Filem Melayu Blockbuster


KUALA LUMPUR, 8 JUN 2014: Pelanggan Hypptv hanya perlu membayar RM 15 bagi satu filem seawal 2 minggu selepas di tayangkan di pawagam.

Pengarah Urusan Mangkin Prestij Jane Lim berkata ia merupakan perjanjian perkongsian antara syarikatnya dengan Hypptv untuk menayangkan filem melayu Blockbuster.

“Perkongsian ini tidak hanya akan menyokong industri filem tempatan malah turut menggalakkan perkembangan kandungan tempatan dari segi jumlah dan kualti,” kata Jane dalam sidang media di Majlis Perjanjian Persefahaman Hypptv dan Mangkin Prestij di Menara Kuala Lumpur.

Menurutnya lagi, 95 filem telah dihasilkan, hanya 2 filem sahaja telah mencapai kutipan box office yang melebihi kutipan sebanyak RM3 juta.

“Antara filem-filem yang dihasilkan oleh Mangkin yang mendapat kutipan box office  Ngangkung (RM8.18 juta), sekuel Adnan Sempit (purata RM6 juta) dan Highland Towers (RM3.5 juta).”

Dalam pada itu, Naib Presiden Perniagaan dan Operasi Media, New Media TM Emily Wee memberitahu sebagai permulaan filem melayu di beri keutamaan sebelum memberi ruang kepada filem lain seperti Filem Mandarin, Tamil dan sebagainya.

Filem-filem Mangkin  boleh ditonton di saluran baru iaitu HyppFlicks (saluran 801) bermula pada 1 Jun depan dan turut menyiarkan tele-movie eksklusif untuk para pelanggan.##


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers