Jimmy Shanley Selamat Bernikah Buat Kali Kedua
SHAH ALAM, 7 JUN 2014: Pengacara dan penyampai radio, Jimmy Shanley selamat melangsungkan pernikahan buat kali kedua petang tadi dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Hotel Concorde, Shah Alam.
Jimmy atau nama sebenarnya Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, selamat dinikahkan seorang wanita yang bernama Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dalam majlis akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan, Tuan Haji Abdul Jalil Othman, kira-kira jam 6.20 petang.
Hanya dengan sekali lafaz, Jimmy selamat bergelar suami kepada Mariam yang merupakan seorang ahli perniagaan. Mas kahwin perkahwinan berjumlah RM 1,000 manakala wang hantaran berjumlah RM 15,000.
Majlis tersebut turut menyaksikan rombongan lelaki membawa lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.
Pernikahan ini merupakan perkahwinan kedua Jimmy selepas bercerai dengan Nursuhaila Eliani pada tahun 2012. Hasil pernikahan pertama tersebut, Jimmy telah dikurniakan seorang anak perempuan, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia 3 tahun.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.