Bertunang Hanya 3 Bulan, Mon Ryanti Bakal Berkahwin September
KL, 9 JUN 2014: Pelakon filem yang kini bergelar penyampai di stesen radio Ultra, Mon Ryanti, 26, telah pun bertunang pada 7 Jun lalu dengan jejaka pilihan hatinya Mohd Hasrul Ali, 26.
Pasangan ini mula berkenalan melalui Facebook sejak hampir 2 tahun lalu dimana Hasrul merupakan teman kepada abang aktres tersebut.
Ikatan pertunangan telah ditetapkan akan berlangsung selama 3 bulan dan Mon dan tunang bakal disatukan sekitar bulan September depan. Mon ketika dihubungi menyatakan perasaan gembiranya mengenai pertunangan ini.
“Memang benar saya telah pun bertunang pada Sabtu lalu dan ia akan berlangsung selama 3 bulan sahaja. Insyallah bulan September kami akan melangsungkan perkahwinan dan jika sudah ada tarikh yang tetap saya akan jemput media ke majlis saya nanti,” jawab Mon setelah ditanya mengenai perkembangan terbaru dirinya itu.
Dalam pada itu Mon Ryanti turut menjelaskan mengenai keputusannya untuk menamatkan zaman solonya itu telah di fikir semasak-masaknya dan yakin membuat pilihan yang tepat.
“Saya memang sudah bersedia untuk bergelar isteri walaupun ada juga yang berkata umur saya boleh dikira masih muda tetapi apa-apa pun saya positif. Saya dah berfikir tentang karier dan pelbagai aspek lain, saya yakin mampu untuk menempuh hidup berumahtangga.
“Lagipun tunang saya sudah arif dan faham dengan kerjaya saya sebagai selebriti, buat masa ini segala keputusan saya buat sendiri. Namun saya masih mendapatkan pandangan serta nasihat daripada tunang dan keluarga.
“Ada juga yang berkata bila dah kahwin susah nak teruskan kerjaya lakonan tetapi pada saya rezeki itu datang daripada Allah SWT. Syukur sekarang saya bukan sahaja berharap pada lakonan tetapi menjadi pengacara dan penyampai di radio Ultra. Tetapi minat kepada lakonan masih menjadi cinta pertama saya,”cerita Mon yang bakal muncul dengan filem Jin arahan Pierre Andre disamping hero Zul Ariffin.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.