Pencarian The Band Berakhir, Juara Bawa Pulang RM100,000

Pencarian The Band Berakhir, Juara Bawa Pulang RM100,000

Pencarian The Band Berakhir, Juara Bawa Pulang RM100,000


KUALA LUMPUR, 9 JUN 2014: Selama 10 minggu berentap bersama rekrut-rekrut lain, akhirnya pencarian sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita terjawab dalam program realiti ‘The Band’ apabila nama mereka dinobatkan sebagai juara sebentar tadi.

Mereka yang dimaksudkan ialah One Juicy, Allan, Ikhwan Lee, Hadi Jaidi, Zaha Dulla, dan Akmal Ayub bagi rekrut lelaki.

Manakala bagi rekrut perempuan pula adalah Zera Hariz, Ayu G, Jen Shukri, Mustika, Heela Monica dan Wanie Oii.

Keenam-enam rekrut lelaki dan wanita masing-masing membawa pulang wang tunai RM100,000 bagi setiap kumpulan, kontrak sebagai artis di bawah naungan Astro, tajaan pembikinan album kompilasi serta trofi.

Mengulas mengenai persembahan konsert akhir, terdapat sedikit kelainan apabila tiga cabaran telah diberikan kepada rekrut dan persembahan mereka berjaya memukau Agen The Band.

Pusingan pertama merupakan persembahan secara berkumpulan iaitu Xcess, Rania, Xtrim dan Anggun yang bertujuan untuk melihat keserasian mereka dalam menyampaikan lagu.

Pusingan kedua pula merupakan penilaian secara individu di mana rekrut-rekrut dikehendaki membawakan dua buah lagu baru yang diciptakan khas untuk mereka yang berjudul ‘Separuh Gila’ bagi rekrut lelaki dan ‘Main Hati’ untuk rekrut wanita.

Manakala pusingan ketiga pula, para rekrut dihendaki beduet bersama artis terkenal iaitu Waris dan Awi Rafael.

Bagaimanapun sebaik sahaja selesai cabaran kedua, penyingkiran telah berlaku dan malang buat DLS, AG, Tiara Ross serta Shenthy apabila nama mereka diumumkan sebagai rekrut yang tersingkir.

Dalam pada itu, tiga Agen The Band yang terus setia sehingga ke konsert akhir ini ialah Datuk Aznil Hj Nawawi, Syafinaz Selamat dan Yusry Abdul Halim.

Sistem pemarkahan bagi peringkat akhir ‘The Band’ ini berdasarkan 30 peratus undian SMS dan 70 peratus melalui Agen The Band manakala dari segi penilaian pula dibuat secara individu.

Konsert akhir ‘The Band’ telah bersiaran secara langsung dari De Showroom, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur dan ditayangkan secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (saluran 134).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers