Rumah Hampir Dirompak, Ajak Shiro Kejar Suspek Sampai Kereta Rosak
PETALING JAYA, 9 JUN 2014: Rumah pelawak Ajak Shiro telah hampir dirompak tiga orang pencuri dalam satu kejadian pada Ahad lalu.
Menerusi laporan mStar Online, Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak, 28, berkata, seramai tiga orang pencuri yang membawa lori jenis Isuzu cuba mengambil barangan katering yang disewanya untuk kegunaan majlis pertunangan adiknya Sabtu lalu.
Namun mujurlah ibunya menyedari ada orang di belakang rumah sedang cuba mengambil barangan katering tersebut dan ibunya terus menjerit melihat pencuri-pencuri berkenaan.
Sebaik mendengar jeritan ibunya, ketiga pencuri tersebut terus melarikan diri dan Ajak pula terus mendapatkan keretanya untuk mengejar pencuri tersebut.
Kejadian kejar-mengejar ibarat dalam filem itu kemudiannya berlaku dari Kempas sampai ke Kulai dan Ajak berkata kereta Honda Accord yang baru tiga bulan dibelinya itu rosak teruk akibat adegan kejar-mengejar tersebut.
Tambah Ajak, bagaimanapun ketiga-tiga pencuri tersebut meninggalkan lori mereka di tepi jalan dan menyelamatkan diri masing-masing sementara barang yang dicuri masih lagi berada dalam lori berkenaan.
Selepas kejadian tersebut, Ajak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kulai dan di Skudai.
Dalam pada itu, pelawak Jep (Sepahtu) turut berada di tempat kejadian dan membantu Ajak dalam peristiwa itu.
iskandarX: Beli la keta baru baru leh kejar sampai dapat pastikan keta tu Jeep macam Che Ta pakai tu senang nak langgar terus perompak tu, lagi satu pastikan CCTV dan alarm di pasang 27/7 baru cun.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.