Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Lagi?

Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Lagi?

Diana Danielle Tidak Boleh Mengandung Lagi?


KUALA LUMPUR, 7 JUN 2014: Pelakon Diana Danielle terpaksa menyimpan hasrat untuk memiliki anak kedua dalam masa terdekat kerana tidak boleh mengandung lagi.

Isteri kepada pengarah dan actor terkenal Farid Kamil itu akur dengan kehendak kontrak beberapa produk yang tidak menggalakkan dia hamil dalam masa terdekat.

“Sebenarnya saya telah menandatangani kontrak untuk beberapa produk yang memerlukan saya bergerak untuk promosi. Jadi jika saya hamil ia akan menyukarkan pergerakan promosi.

“Tetapi saya akur dengan perkara tersebut dan mungkin merancang untuk memiliki anak kedua dua tahun lagi kerana ingin memberi fokus kepada Muhammad yang kini berusia setahun,” katanya seperti yang dipetik daripada mStar Online.

Menurut Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 23, lagi, kontraknya bersama beberapa produk tersebut akan tamat dua tahun lagi.

“Kalau ikutkan hati teringin juga nak tambah anak. Tetapi tak mengapalah… Muhammad sedang membesar, dia juga perlukan perhatian sepenuhnya daripada saya dan suami (Farid Kamil).


Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers