Rahsia Semakin Slim, Adakah Amy Search Sedut Lemak?
KUALA LUMPUR, 9 JUN 2014: Ramai tertanya-tanya tentang perubahan bentuk badan rockers lagenda, Amy Search yang kelihatan semakin ‘slim’ terutama di bahagian perut yang menampakkan perubahan paling ketara.
Disebabkan itu ramai yang berteka-teki dan mengaitkan perubahan tersebut ada kena mengena dengan aktiviti riadah yang semakin kerap dilakukan Amy kini, iaitu menyertai program-program larian.
Tidak kurang juga yang mengatakan pelantun suara 'Isabella' ini melakukan rawatan sedut lemat untuk mendapatkan perut yang ‘rata’ seperti sekarang.
“Mengarut! Saya tak sedut lemak tetapi buat rawatan pecah lemak. Saya mula buat rawatan pecah lemak ni sejak sebulan yang lalu di Klinik Pakar Kulit Ko, di Klang Selangor.
“Saya sukakan hasilnya. Seluar dah longgar…Badan pun rasa lebih sihat dalam masa yang sama semakin tergap dan sasa…Tiada lagi perut buncit,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran rawatan mesin pemecah lemak yang dikenali Vanquish di Klinik Pakar Kulit Ko, Klang, Selangor baru-baru ini.
Tambah penyanyi berusia 55 tahun itu lagi tujuannya menjalani rawatan pecah lemak itu adalah untuk mengatasi masalah perut buncit yang dialaminya sejak tahun lalu.
Vanquish merupakan mesin pertama di dunia yang memecahkan lemak tanpa rasa sakit dan tidak menyentuh badan pesakit sebaliknya menggunakan radio frekuensi gelombang (RF) untuk membunuh sel-sel lemak tanpa merosakkan kulit dan otot di perut.
“Waktu rawatan hanya 30 hingga 40 minit dan tak sakit. Cuma berpeluh. Paling ‘best’ satu sesi rawatan boleh mengurangkan lilitan lemak di perut sebanyak dua sentimeter,” katanya yang turut mengakui masih menyuntik vitamin C bagi penjagaan kulit sekali dalam tempoh setahun.
Kata Amy lagi, berat badannya yang sebelum ini hanya sekitar 50 ke 53 kilogram (kg) naik mendadak sehingga mencecah 60kg tahun lalu.
Tetapi selepas melakukan dua sesi rawatan itu dan mengamalkan gaya pemakanan yang sihat, berat badannya turun kepada 55kg.
“Saya bukannya obses hendak kurus sangat. Cuma bila perut mula buncit nampak hodoh di cermin. Lagipun doktor ada cakap perut yang buncit menyimpan pelbagai penyakit di dalamnya,” katanya yang tidak gemar ke gym namun lebih selesa berbasikal di waktu lapang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.