Adibah Noor Lancar Single Duet Terbaru Dengan Kawan Baik
KUALA LUMPUR, 8 JUN 2014: Lagu Bahasa Rindu yang berkisarkan persahabatan merupakan single terbaru penyanyi yang pernah popular dengan lagu, Terlalu Istimewa Adibah Noor dan ianya dipersembahkan secara bersama kawan baiknya, penyanyi Nizam Din.
Lagu terbaru ini menceritakan mengenai persahabatan dua insan yang jarang bertemu setiap hari namun salah seoran daripada mereka sering ada bila diperlukan. Mungkin ini adalah kisah mengenai persahabatan Adibah dan Nizam yang telah terjalin sejak Adibah berusia 16 tahun.
Nizam yang juga merupakan juara Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1996,sememangnya sering menjadi rakan duet Adibah di beberapa acara serta turut popular dengan lagu ‘Biar’.
“Nizam akan selalu peka apa yang terjadi pada saya dan bila berjumpa dia tidak perlu berkata banyak. Cuma berkata ‘saya tahu apa yang berlaku’” kata Adibah ketika bercerita mengenai idea untuk menghasilkan lagu duet ini diperlancaran single terbarunya itu di Ben’s, Bangsar Shopping Centre, pada Selasa.
Berbekalkan dengan cerita itu, Azlan Abu Hassan telah menggubah sebuah melodi indah bagi menggambarkan kerinduan sahabat yang berjauhan ini dan liriknya oleh Opie Sofea.
Adibah yang juga merupakan pengacara program ‘Bintang Mencari Bintang’ serta penyampai radio Sinar FM ini turut mengabadikan single terbarunya itu di dalam sebuah muzik video yang penggambarannya dijalankan di beberapa buah negara Eropah antaranya Jerman, Itali, Perancis dan Sweden.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.