Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'

Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'

Laga - Adegan Ranjang - 'Simbolik kasih sayang!'


SEJAK kebelakangan ini, selitan adegan ranjang atau babak intim bagai menjadi satu trend dalam pembikinan filem Melayu.

Biarpun tidak melampaui batas pada mata sesetengah pihak, namun adegan sebegini tetap mengundang sensitiviti bagi orang Islam apatah lagi pelakunya bukanlah muhrim.

Terbaru, adegan ranjang dalam filem Laga arahan Ismail Yaacob yang melibatkan pelakon veteran, Wan Hanafi Su dan Marsha Milan Londoh turut menjadi serangan ramai pihak yang beranggapan pengarah itu cuba menjual babak tersebut untuk melariskan filem.

Bagaimanapun Ismail yang ditemui semasa pelancaran filem itu punya jawapan tersendiri di sebalik pembikinan babak panas itu.

“Babak itu sebenarnya mengajar teknik mengurut untuk mendapatkan zuriat. Saya mahu tunjukkan keintiman seorang suami terhadap isterinya yang jauh lebih muda.

“Saya tahu mungkin ramai yang menganggap ia adalah adegan panas, tapi ramai juga orang yang sudah berkahwin pun tidak tahu tentang beberapa teknik yang ingin saya paparkan. Ia juga simbolik tentang kasih sayang yang kuat antara suami dan isteri,” jelasnya.

 Bagaimanapun Ismail berkata, adegan itu disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF) jika mahu ia dikekalkan.

 “Kalau nak ikutkan babak itu lagi panas tapi saya hanya tonjolkan yang sepatutnya saja. Malah pada mulanya ia dipotong oleh pihak LPF.

“Namun, selepas kami buat satu laporan yang menyatakan sebab-sebab saya perlu kekalkan babak, akhirnya LPF membenarkan dengan syarat kami harus membuat beberapa suntingan semula,” katanya.

Laga mengisahkan tentang kehidupan masyarakat di Pantai Timur yang masih lagi mengamalkan cara hidup dengan bermain judi dan aktiviti laga ayam.

Selain Marsha dan Wan Hanafi Su, filem yang bakal ditayangkan pada 23 Januari 2014 ini turut dibintangi oleh Syazwan Zulkifly, Datuk Rosyam Nor dan Eman Manan.

Pada majlis itu pihak media diperdengarkan dengan dua buah lagu iaitu Kayangan nyanyian kumpulan Hyper Act dan Rahsia nyanyian Asmidar, yang dijadikan sebagai lagu tema filem itu.

iskandarX: Simbolik kasih sayang yerr??? is pun nak tunjuk gak kasih sayang is, Marsha tu beb, apasal veteran yang dapat tunjuk kasih dan sayang pulak?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers