Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya! |
Hanez Suraya Failkan Saman Terhadap Pa Kerana Mengaibkannya!
Pelakon, Hanez Suraya telah memfailkan saman terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Fairus Mohd Lazim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini.
Hanez Suraya memberitahu portal Gua, dia memfailkan saman kerana Mohd Fairus telah memfitnah dan mengaibkan dirinya di laman sosial serta kepada rakan-rakan artis.
“Saya memfailkan saman kepada Mohd Fairus kerana dia telah memfitnah dan mengaibkan saya. Salah satu cara yang dilakukan oleh Mohd Fairus adalah memfitnah saya menerusi laman sosial seperti Instagram menerusi akaun ‘DashaSultan’ dan Twitter menerusi akaun ‘Dasha_Sultan’.
“Selain itu, dia juga ada memburukkan saya kepada kawan-kawan yang lain, pihak media dan rakan-rakan artis. Saya ada kesemua bukti yang menyatakan dia memfitnah saya,” jelas Hanez.Bagaimana pun, Mohd Fairus tidak menghadirkan diri ke Mahkamah Tinggi, pada hari ini.
Pelakon drama bersiri popular Mr. Arrogant itu memberitahu pada mulanya dia hanya mendiamkan diri tetapi apabila keadaan menjadi semakin teruk, Hanez mengambil tindakan.
Hanez menganggap perkara ini sangat serius kerana ianya membabitkan nama dan reputasinya sebagai seorang pelakon.
a'aa macam-macam lah dah jadi sekrang nie sampai nak takut tak takut pun ada. terima kasih PG :)
ReplyDelete