Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu |
Sorotan Citra Dua Dekad Ning Baizura Dalam Konsert Pelangi Untukmu
Telah hampir dua dekad penyanyi bervokal unik, Ning Baizura Hamzah atau Ning menyulam cinta kepada bidang seni nyanyian yang terus menerus memberikan penyanyi ini kepuasan tanpa jemu.
Dalam pada dia meraikan karier nyanyiannya yang bermula sejak 1993 itu, Ning bersama-sama peminatnya yang telah meraikan kembara dua dekadnya dalam bidang seni menerusi konsert istimewa Pelangi Untukmu.
Bukan sahaja seleksi lagu-lagu hebat dan hits daripada penyanyi ini, Ning turut membawa para hadirin menyusuri kisah hidupnya melalui setiap bait-bait lirik yang terkandung dalam setiap lagu yang didendangkannya. Begitulah istimewanya persembahan memukau ibu kepada Ryan Sky Dalton hinggakan ia tamat hampir jam 12 tengah malam.
Dewan Kristal di TM Convention Centre mulai dipenuhi sekitar jam 9 malam, hos Linda Onn tampil ke pentas dengan memberikan sedikit intro mengenai persembahan yang bakal dijanjikan dalam konsert Pelangi Untukmu. Di bawah pimpinan Alwyin Santiago, Ning mula melontarkan vokalnya dengan lagu pembukaan Asmara diikuti Kau Dan Aku yang mendapat sentuhan baru.
Sempat memberikan salam dan intro kepada hadirin, dia menyambung semula menghangatkan pentas dengan seleksi lagu-lagu cinta dengan Teguh, Kembali dan berhenti seketika untuk memberikan intro tentang lagu seterusnya yang ditulis oleh teman baiknya, Nurul Wahab. Selagi Ada dialunkan dengan begitu penghayatan dan mengimbau kembali saat penyanyi itu popular dengan lagu tersebut.
Meninggalkan lagu yang dinobatkan Lagu Terbaik pada AIM 2004 tersebut, Ning memilih Mama Papa yang lebih rancak sebelum menyanyikan lagu Bukan Sebarangan yang memperjuangkan hak wanita. Embunan Bersinar secara ekslusifnya bergema di dalam dewan itu dan ia merupakan salah satu single terbaru Ning sebelum memasuki segmen yang menampilkan lagu-lagu khas berkisarkan tentang ibu.
A Mother’s Prayer membuka tirai segmen tersebut diikuti lagu Ibu dan seterusnya lagu khas yang ditulis Ning untuk anak tersayang iaitu Pelangi Untukmu yang meminjam melodi Somewhere Over The Rainbow. Ia disempurnakan dengan mengakhiri segmen itu dengan seleksi daripada lagu P. Ramlee, Dimana Kan Ku Cari Ganti.
Kekal bertenaga di pentas yang memerlukan Ning bergerak untuk berinteraksi dengan semua hadirin, lagu yang asalnya duet bersama Jay Jay, Erti Pertemuan dinyanyikan Ning bersendiri sebelum dia meneruskan persembahan pada malam itu dengan dendangan killer song Curiga diikuti Pasti, Ke Sayup Bintang berentak rancak lalu Bila dan Penjara Kasih.
Sebelum menyanyikan Dugaanku, Ning sempat bercerita mengenai kisah disebalik lagu yang memberikannya kekuatan itu saat dia dilanda dugaan dan cabaran. Sebuah lagi lagu berbahasa Inggeris, In Another Life disampaikannya sebelum mengundang Russell Curtis untuk berduet bersamanya bagi lagu Antara Kita.
Lagu yang dinantikan iaitu Awan Yang Terpilu tib gilirannya menjadi sebahagian daripada penutup yang didendangkan Ning sebelum single Bukan Wanita Sempurna yang secara eksklusif diperdengarkan kepada semua hadirin sebelum konsert Pelangi Untukmu melabuhkan tirainya.
Ning bijak berinteraksi bersama penonton serta lincah disamping menyusun bicara agar tidak ada saat yang membosankan. Susunan lagu juga faktor konsert tersebut dirasakan amat berjaya dan vokal Ning yang benar-benar bertenaga memberikan kepuasan kepada 1500 hadirin yang hadir memenuhi TM Convention Centre pada malam itu.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteterima kasih sudi komen tapi is kena del komen nie sebab ada link, kalau nak exchange atau invite blog follower sila contact is pakai contact form.
Delete