Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang

Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang
Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang

Dato' Siti Nurhaliza Meriahkan Santai@dataran Gemilang


Bagaimana personaliti yang bergelar penyanyi nombor satu negara ini mengekalkan populariti yang dimilikinya? Jawapannya adalah Dato’ Siti Nurhaliza tidak pernah lupa untuk menunaikan tanggungjawab sosialnya kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk negara.

Biarpun sudah sekian lama dia berada di dalam industri, nama anak jati Kuala Lipis, Pahang ini sentiasa meniti dibibir peminat yang datang daripada pelbagai peringkat umur dek kerana kemesraan dan keramahan Dato’ Siti Nurhaliza bersama peminatnya.

Pada penghujung minggu lalu, walaupun sibuk menjadi Inspirer untuk program Akademi Fantasia 2013, Dato’ Siti Nurhaliza sempat meluangkan masa bersama peminat di acara Santai @Dataran Gemilang, Putrajaya.

Dia yang tiba berpakaian santai rona ungu itu menjadi tetamu yang paling dinantikan oleh semua pengunjung bazar di Santai @Dataran Gemilang Putrajaya tersebut. selain beramah mesra, Dato’ Siti hadir bagi memeriahkan acara treasure hunt melibatkan kelab peminatnya Siti Zoners.

Sementara menanti perlumbaan treasure hunt melibatkan SitiZoners berakhir, dia sempat melakukan aktiviti diatas pentas tersebut dengan peminat bertuah pada petang itu. Antaranya membuat atau mengelim karipap, menari, boling buah kelapa dan pelbagai lagi selain menyanyikan beberapa buah lagu.

Acara Santai @Dataran Gemilang tersebut adalah acara mingguan dan seringkali menjadi tumpuan pengunjung kerana kemeriahannya dan pada hari tersebut mereka yang hadir beruntung kerana menerima Dato’ Siti Nurhaliza sebagai tetamu jemputan di acara yang dihoskan oleh Ali Anugerah dari Singapura.

Antara pesanannya kepada pengunjung adalah untuk terus menyokong acara riadah dan santai seperti yang giat dilakukakan di Santai @Dataran Gemilang oleh pihak Perbadanan Putrajaya.

Sebaik sahaja Dato’ Siti Nurhaliza menyampaikan hadiah untuk acara mewarna dan treasure hunt, dia tidak lupa untuk mendendangkan lagu terbaru daripadanya iaitu Lebih Indah yang turut dinyanyikan beramai-ramai oleh peminat yang dijemput naik ke atas pentas.

Sekitar hampir jam 7 malam inspirer bagi Akademi Fantasia 2013 itu diasak tetamu yang hadir ketika ikon tersebut mahu beredar untuk ke konsert Akademi Fantasia untuk bertemu dan bergambar bersama penyanyi pujaan mereka itu.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers