AF masih relevan!

AF masih relevan!
AF masih relevan!

AF masih relevan!


KONSERT Akhir AF2013 yang bersiaran secara langsung dari Stadium Negara, malam kelmarin, menyaksikan Faizul dinobatkan sebagai juara AF2013 sekali gus menewaskan peserta pilihan ramai, iaitu pasangan duo Azhael.

Keputusan itu nyata di luar jangkaan, memandangkan sebelum ini duo terkenal Azhael itu sering mengungguli undian teratas, sekali gus disebut-sebut sebagai peserta yang akan meraih gelaran juara dalam program realiti popular ini.

Bagaimanapun, siapa sangka, akhirnya Faizul atau nama sebenarnya Mohd Faizul Sani, berjaya dinobatkan sebagai juara setelah mendapat jumlah undian tertinggi sebanyak 23.85 peratus dan turut menewaskan empat lagi pencabar lain, Amira, Indah, Aishah dan Nabila.

Kemenangan itu turut menyaksikan Faizul berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 bersama sebuah trofi selain mendapat kontrak rakaman bernilai RM100,000.

“Sejujurnya, saya tak sangka dengan kemenangan ini kerana Azhael lebih menonjol setiap kali persembahan.

“Apa pun, saya bersyukur dan akan berusaha lebih keras selepas ini,” katanya yang memberikan persembahan yang cukup bertenaga menerusi dua buah lagu, Hanyut nyanyian asal Faizal Tahir dan singlenya yang berjudul Sepasang Sayap ciptaan Amir Jahari.

Sementara itu, tiga pengkritik tetap AF2013,  Edry Abd Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz,  turut memuji persembahan Faizul dan menyifatkan pelajar kelahiran Tawau, Sabah itu layak dinobatkan sebagai juara.

Selain memiliki vokal dan personaliti yang tersendiri, mereka juga yakin anak muda itu mampu pergi lebih jauh dalam industri hiburan tanah air.

Azhael terpaksa akur


Akur dengan kedudukan mereka di tangga kedua, satu-satunya pasangan duo AF2013 yang berjaya kembali ke pentas melalui AFMasuk ini tetap bersyukur dengan kemenangan mereka sebagai naib juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.

Azhael yang dianggotai Mohd Azhar Othman dan Hal Husaini Razmi, turut memuji persembahan Faizul dan berharap minat mereka dalam bidang nyanyian dapat diteruskan lagi.

“Inilah namanya rezeki dan Faizul layak terima kemenangan ini. Kami sudah melakukan yang terbaik dan tetap berpus hati dengan kedudukan ini,” kata Azhael.

Mendendangkan lagu Penglipur Lara nyanyian asal oleh Hazama dan Hentian Terakhir yang merupakan lagu single mereka, Azhael turut dipilih sebagai pemenang 'Anugerah AF Buzz' yang mana ia diberikan kepada pelajar yang mempunyai pengikut paling ramai dalam laman sosial mereka.

Tuah Amira


Tuah turut menyebelahi pelajar wanita bertudung, Amira, apabila dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000 bersama sebuah trofi.

Dua lagu dendangannya, Terlalu Istimewa nyanyian asal Adibah Noor dan lagu sendiri, Sesaat Untukku, nyata mendapat pujian juri dan juga peminatnya.

“Saya tetap bersyukur. Pada saya AF2013 adalah satu platform yang sangat bermakna untuk saya. Di sinilah saya banyak melalui proses pembelajaran untuk bergelar penyanyi dan inilah juga permulaan untuk saya menempa kejayaan yang seterusnya,” katanya.

Sementara itu, Indah, Nabila dan Aisyah turut akur dengan keputusan malam final itu. Masing-masing, tidak akan mengalah untuk meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian.

Berada di tempat keempat, Indah yang mendendangkan lagu Jagalah Diri nyanyian asal Jaclyn Victor dan singlenya  Percayalah hasil ciptaannya sendiri itu turut membawa pulang wang tunai RM10,000 bersama sebuah trofi.

Nabila (tempat kelima) pula membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta Aisyah turut menerima trofi penghargaan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers