Longkai papar jalan cerita segar |
Longkai Konflik pemandu trak tunda
Longkai papar jalan cerita segar |
SEJAK kebelakangan ini, industri hiburan sering dipaparkan dengan filem aksi gangster, kongsi gelap, rempit termasuk kisah pelumba kereta dalam beberapa filem aksi.
Justeru demi memberi kelainan khususnya kepada penonton setia, kali ini Metrowealth International Group (MIG) menerbitkan sebuah filem yang membawa penonton melayari kehidupan pemandu trak tunda yang sememangnya tidak asing perkaitannya dengan kehidupan masyarakat dan sesuatu kemalangan.
Selain mempertaruh gandingan pelakon kelas A Malaysia, Faizal Hussien dan Erra Fazira sebagai teraju utama, filem ini juga dibintangi pelakon seperti Along Eyzendy, Dira Abu Zahar dan Zul Suphian.
Filem hasil buah tangan pengarah, Hashim Rejab ini turut memperlihat lakonan berkesan pendatang baru, Niezam Zaidi yang ternyata cukup menyerlah menghidupkan wataknya di sisi Faizal.
Ia mengisahkan geng longkai (pemandu trak tunda),juga pasangan adik beradik bernama Bada (Faizal Hussien) dan Eddie (Niezam Zaidi) yang selalu berebut untuk mendapatkan 'pelanggan' di jalan raya.
Mereka berdua akan menghantar kenderaan yang ditarik ke bengkel Rima (Dira Abu Zahar), seorang wanita berjiwa kental dan lasak. Dalam diam Rima menaruh hati terhadap Bada bagaimanapun lelaki itu tidak pernah tahu mengenai perasaan yang disimpan Rima.
Pada masa sama, Mojo (Along Eyzendy) dan Bayam (Mikail Andre) menjadi musuh kepada Bada dan Eddie akibat perebutan perniagaan longkai mereka. Mojo pula lebih rela mati daripada bekerjasama dengan mereka.
Namun, adik perempuannya bernama Suraya (Wawa Zainal) sengaja menempa bahaya kerana dia dan Eddie menjalinkan hubungan cinta dalam diam.
Sementara itu, kunjungan Zarina (Erra Fazira) ke bengkel Rima membuatkan hubungan Eddie dan Bada menjadi renggang dan Rima mengesyaki sesuatu mengenai niat sebenar Zarina yang muncul secara tiba tiba dalam hidup Bada. Pada masa sama, sebenarnya kemesraan Zarina dan Bada itu juga mengundang cemburu kepada Rima.
Mojo kemudian meminta bantuan seorang taiko bernama Naga (Zul Suphian), yang terkenal di ibu kota untuk membalas dendam kepada geng Eddie dan dalam masa sama Naga mempunyai sejarah hitam serta berdendam dengan Bada.
Secara keseluruhan, pada pendapat penulis, filem ini memaparkan jalan cerita segar apabila lari dari tema kebiasaan.
Walaupun terdapat babak aksi agak klise, namun tema jalan cerita yang berkisar mengenai longkai itu sendiri memberi kelainan kepada keseluruhan jalan cerita.
Sisi gelap Longkai
Walau hampir keseluruhan jalan cerita ini memaparkan bagaimana sikap sesetengah pemandu trak tunda atau longkai menggunakan cara salah seperti menuang minyak di atas jalan, meletakkan paku, namun hakikatnya bukan semua longkai bertindak begitu.
Akui Hashim, cerita ini sebenarnya inspirasi daripada beberapa rakannya yang bekerja sebagai longkai.
"Saya akui bukan semua longkai jahat, ada yang benar-benar ikhlas membantu. Tetapi dalam durasi yang pendek, saya terpaksa naikkan pada satu sisi sahaja tetapi memasukkan penamat yang boleh memberi pengajaran kepada semua," jelasnya.Oleh
kerana itu, tidak hairanlah apabila 60 peratus jalan cerita filem ini melibatkan babak aksi semata-mata dan ada kalanya mampu membuatkan jantung penonton berdegup kencang.
Contohnya babak pertarungan Faizal dan Zul, sengaja dibuat di atas trak yang sedang bergerak.
Taruhan Faizal
Dalam pada itu, tidak keterlaluan untuk penulis katakan, kehadiran Faizal sebagai watak utama menjadi tarikan utama penonton untuk ke panggung menyaksikan sendiri filem ini.
Biarpun filem ini turut menyajikan kehadiran pelakon baru, lakonan aktor Bunohan itu masih terasa dan berbisa sekaligus meletakkan Faizal berada dalam kelas tersendiri.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.