Pasangan Azhael bangkit

Pasangan Azhael bangkit
Pasangan Azhael bangkit

Pasangan Azhael bangkit


KONSERT Akademi Fantasi (AF2013) minggu keenam, menyaksikan pasangan duo lelaki, Azhael mengungguli carta dengan undian 17.8 peratus sekali gus menyaksikan peningkatan daripada dua pelajar tersebut.

Azhael yang terdiri daripada Mohd Azhar Osman dan Hal Husaini Razmi mengakui kritikan yang diterima mereka pada dua minggu berturut-turut oleh juri tetap, iaitu Roslan Aziz, Edry Abdul Halim dan Sharifah Amani, menjadi peniup semangat untuk mereka bangkit semula pada konsert kali ini.

“Alhamdulillah, kami dapat memberikan kelainan kali ini setelah mendapat kritikan hebat pada dua konsert sebelum ini. Tambahan lagi, Edry adalah pencipta lagu Kita, yang kami bawakan minggu ini. Jadi kami telah berusaha keras untuk memberikan yang terbaik.

“Berbaloilah usaha kami walaupun salah seorang daripada kami iaitu Azhar mempunyai masalah suara serak dan sakit tekak semasa sesi latihan kami.

“Tapi kami ralat apabila Roslan Aziz tiada untuk melihat persembahan ini. Kami tak tahu apa kritikan membina yang bakal kami terima untuk konsert kali ini. Bagaimanapun, pujian daripada juri tidak akan membuatkan kami selesa dan akan memberikan yang terbaik selepas ini,” kata Hael.

Menurutnya, dengan kritikan juri itu menguatkan lagi semangat mereka untuk terus berusaha dan mara ke pusingan final nanti.

Pasangan Irmisa tersingkir
Pasangan Irmisa tersingkir

Masih hambar?


Biarpun sudah memasuki minggu keenam, namun rata-rata pelajar masih menerima kritikan dari pengkritik tetap, Edry dan Sharifah Amani.

“Konsert keenam ini bagi saya masih hambar, namun saya lihat ada dua karakter yang ada peningkatan dan dapat melakukan persembahan mereka dengan baik pada malam ini,” begitulah luahan Sharifah Amani ketika ditemui selesai persembahan konsert tersebut.

Katanya, kebanyakan pelajar boleh menyanyi, namun perlulah menunjukkan sesuatu kelebihan yang ada dalam diri mereka.

“Tetapi ada dua orang malam ini yang saya lihat ada pembawaan karakter dan cara tersendiri yang ditunjukkan oleh mereka sehingga membuatkan kita terhibur dengan persembahan mereka.

Antaranya Azhael dan Faizul yang dapat menghiburkan penonton dengan kebolehan dan karakter yang ada pada mereka,” katanya.

Sementara itu, konsert keenam menjadi konsert terakhir bagi Inspirer, Melly dan penyanyi dari Indonesia itu turut mengakui masih ada banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.Melly yang
menyerahkan tanggungjawab kepada Inspirer terakhir, Datuk Siti Nurhaliza selepas ini berharap mereka lebih bersedia pada konsert akan datang.

“Secara jujurnya, dengan masa yang singkat untuk memberikan tunjuk ajar, saya melihat pelajar masih lagi ada banyak kelemahan dan ia perlu diperbaiki.

“Namun saya yakin, kami sebagai Inspirer mahu melihat mereka berusaha maju ke hadapan, dan memberikan apa yang kami ada kepada mereka,” katanya.

Irmisa tersingkir

Pasangan duo adik beradik iaitu Irmisa akhirnya tersingkir setelah beberapa kali mendapat undian terendah sebelum ini.

Irmisa yang dianggotai Irsa dan Irmiza Sahabuddin menyampaikan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian asal kumpulan Ratu dari Indonesia.

Bagaimanapun, pengkritik menyifatkan mereka tidak konsisten dan tidak dapat membawakan lagu ini dengan baik.

“Alhamdulillah setelah enam musim AF sebelum ini, tidak dapat diserap masuk, namun untuk AF kali ini, kami berdua dapat memanfaatkan ilmu yang diberikan.

“Walaupun kami tersingkir malam ini, perjuangan akan diteruskan memandangkan minat kami yang mendalam dalam bidang seni, " katanya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers