Barisan para juri |
Sudah rezeki Pasukan OMG
PASUKAN OMG berjaya mengumpulkan markah tertinggi iaitu sebanyak 74 markah pada minggu pertama untuk kumpulan B Liga Lawak Superstar (LLS) pada malam Ahad di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
OMG diwakili oleh Anas Ridzuan, Akim Ahmad dan Sathia mengalahkan saingan terdekat mereka iaitu Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) yang mengumpulkan 53 markah, Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) sebanyak 46 markah dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) mendapat 39 markah.
Walaupun ada kalanya prestasi kumpulan itu ada pasang surutnya namun mereka tetap menerima sorakan paling gemuruh daripada penonton.
Mewakili OMG, Akim berkata, mereka tidak menyangka kemenangan berpihak kepadanya.
“Jika dilihat Aku Diandra lebih menonjol daripada kami. Namun rezeki menyebelahi kami sehingga berjaya bergelar juara minggu ini,” katanya.
Pun begitu, Akim menyatakan permainan paling sukar untuk mereka ketika sketsa Apa Ke Benda.
“Kami tidak mengetahui apa objek yang perlu kami bermain dan semuanya perlu dilakukan secara spontan.
“Alhamdulillah, kami berjaya melakukannya berdasarkan tip yang diberikan oleh sifu kami, Afdlin Shauki,” ujarnya.
Liga Lawak Super Star (LLS), program realiti TV3 terbaru yang menampilkan 8 komedian dan 16 artis tanah air popular dalam menggilap bakat serta kreativiti mereka dalam bidang sketsa komedi telah memulakan pertarungan pada setiap hari Ahad jam 9.00 malam.
Barisan para peserta |
SH : Studio hangat
LLS yang bertemakan sarkas menguji kemahiran improvisasi pesertanya melalui tugasan-tugasan yang diberikan.
Pusingan pertama menampilkan Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie) dan Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) beraksi dalam permainan ‘Pemberita Pelik’. Pasukan mana yang kreatif dan memberikan sesuatu yang di luar jangkaan.
Seterusnya, OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) diberikan tugasan ‘Bonekarama’.
Suasana studio terus dihangatkan dengan gelagat lucu Asmara Luna dan Aku Diandra dalam cabaran ‘Sketsa Mendahi’. Selepas itu, kehebatan OMG dan Ayoub Lasak yang berusaha untuk menjayakan “Apa Ke Benda”.
Sepanjang 10 episod, Liga Lawak Superstar menampilkan Afdlin Shauki dan Adibah Noor sebagai pengacara program. Selain itu, Liga Lawak Superstar turut menampilkan nama besar dalam industri tanah air iaitu Ida Nerina, Vanidah Imran dan Adlin Aman Ramli sebagai juri tetap untuk program in
Kumpulan B terdiri daripada Asmara Luna (Riezman Khuzaimi, Aidil Aziz, Ropie), OMG (Anas Ridzuan, Akim Ahmad, Sathia), Aku Diandra (Sheera Iskandar, Qazeem Nor, Ilya) dan Ayoub Lasak (Iqram Dinzly, Mikail Andre, Aziz M. Osman) bakal dicabar dan diuji dengan 5 cabaran atau permainan iaitu “Pemberita Pelik”, “Bonekarama”, “Apa Ke Benda”, “Sketsa Mendahi”, dan “Karaoke Uncle Helium”.
Kumpulan A pula terdiri daripada Derhaka Seorang Cinderella (Hamdan, Amyza Aznan, Aman Nassim), Aku (Bell Ngasri, Idzham Ismail, Hairi Safwan), Apa Kasih Toq (Didie Alias, Kamal Adli, Fizz Fairuz) dan Spy Kampung (Farouk Hussain, Zalif Sidek, Syafiq Kyle) telah beraksi pada minggu lalu.
H : Juri puji Aku Diandra
Biarpun tidak mendapat tempat pertama, namun persembahan kumpulan Aku Diandra di atas pentas menerima pujian positif daripada juri tetap iaitu Adlin Aman Ramli (Ketua), Vanida Imran dan Ida Nerina.
Menurut Adlin, persembahan yang menarik berjaya ditonjolkan Aku Diandra sepanjang lima permainan yang peserta perlu jalani.
“Saya pilih Aku Diandra kerana pemilihan lagu Pada Syurga Di Wajahmu sangat tepat dengan suara yang dimiliki ahli kumpulan.
“Begitu juga dengan OMG, walaupun Sathia tidak pandai menyanyi namun gelagatnya yang sangat kelakar sedikit sebanyak membantu kumpulan ini dengan caranya tersendiri.
“Malah mereka berjaya menyanyi dengan bagus di awalnya kerana Akim dan Anas sendiri merupakan penyanyi,” katanya.
Bagi Vanida pula, prinsip yang dipegang kumpulan Aku Diandra harus dipuji kerana unsur kerjasama dapat dilihat melalui keserasian setiap ahli.
“Mereka telah berjaya menyanyi sambil berlawak. Mereka juga ada tenaga dan semangat yang bagus terutamanya kerjasama kumpulan,” ujar Vanida.
H : Rebut hadiah utama RM250,000
Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, selepas pertarungan pertama oleh Kumpulan A dan B, potensi setiap kumpulan sudah jelas dipamerkan.
“Namun, ia masih lagi awal untuk kami membuat ramalan. Masing-masing perlu memperbaiki kelemahan dan mengemaskan lagi persembahan mereka dari masa ke semasa kerana masih mempunyai tiga pusingan sebelum sesi penyingkiran.
“Kami berharap agar kesemua pasukan dapat mengekalkan momentum dan terus memberikan persaingan dalam minggu seterusnya,” katanya.
Tambahnya, LLS menampilkan lapan komedian dan 16 pelakon yang dibahagikan kepada Kumpulan A dan Kumpulan B.
Setiap kumpulan daripada empat pasukan yang disertai oleh seorang komedian dan dua pelakon dalam setiap pasukan.
“Pada pusingan awal, Kumpulan A dan Kumpulan B akan bertarung di pentas LLS secara selang seli pada setiap minggu.
“Selepas empat pertarungan, dua kumpulan yang berjaya meraih markah tertinggi dalam kumpulan masing-masing akan bersaing di pusingan separuh akhir,” katanya.
Jelas Nurlisia, hanya dua pasukan yang terbaik akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk merebut gelaran Juara Liga Lawak SuperStar serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 250,000.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.