Erra, Umie & Nora punya aura luar biasa
Erra, Umie, Nora, Zizan bergabung menerusi teater muzikal Bahayanya Wanita |
DALAM industri seni tanah air, nama Erra Fazira, Datin Umie Aida, dan Nora Danish barangkali tidak perlu diperkenalkan lagi.
Walaupun masih mampu bertahan sehingga hari ini, namun lumrah sebagai seorang anak seni, pasti ia tidak lekang dengan kisah-kisah ‘panas’ yang sering menghimpit kehidupan peribadi mereka.
Punya pendirian tersendiri, baik Erra, Umie mahupun Nora tetap memandang positif dengan apa saja yang melanda mereka bagi memastikan karier seni tetap berjalan lancar.
Masih punya aura luar biasa, tiga aktres jelita ini masih menjadi buruan pengarah dan penerbit tempatan. Terbaru mereka akan digandingkan bersama menerusi teater muzikal Bahayanya Wanita, di Istana Budaya.
Teater arahan Zamberi Shari atau Bombay yang akan dipentaskan mulai 20 November hingga 31 Disember itu, turut menampilkan Zizan Razak dan Johan As’ari.
Nora rahsia hubungan kerana David?
Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai keakraban yang terjalin di antara aktres seksi ini dengan Nadeem Mohamed Nazri, iaitu anak kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.
Mengakui Nadeem sebagai teman rapatnya, Nora bagaimanapun menafikan anggapan segelintir pihak bahawa dia sengaja menyembunyikan percintaannya kerana ‘takut’ dengan David Teo.
“Walaupun saya baru dua tahun dalam MIG tapi saya mengenali hati bos saya (David). Dia seorang baik hati dan sangat terbuka.
“Cuma dia beri nasihat jika boleh, elakkan daripada bercinta di kalangan artis dan krew supaya tidak mengganggu kerjaya masing-masing. Tapi, itu terpulang juga pada artis,” katanya.
Ditanya mengenai hubungannya dengan Nadeem, Nora berkata, dia masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.
“Kami lebih selesa dengan hubungan yang kami jalani sekarang. Malah, saya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan. Pengalaman lalu banyak mengajar saya. Jadi, jika berkahwin sekali lagi, biarlah ia akan kekal hingga ke akhir hayat,” katanya.
Kekasih dicop ‘bad boy’?
Ketika ditanya adakah Nadeem menepati ciri-ciri sebagai seorang lelaki yang boleh membimbingnya agar menjadi isteri yang baik, Nora punya jawapannya sendiri.
“Saya tidak meletakkan ciri-ciri seorang lelaki yang bagaimana untuk menjadi suami saya.
“Tetapi, Nadeem ada sifat mulianya yang tersendiri yang orang tidak nampak sebelum ini seperti suka menderma dan memiliki sifat kebapaan,” jelasnya.
Malah, pelakon Bencinta ini juga mengakui bahawa dia tidak terganggu dengan gelaran ‘Bad Boys’ pada buah hatinya itu.
“Saya bukanlah seorang yang suka menghakimi orang lain. Kalau bercakap mengenai kisah silam, semua orang ada kisah silam masing-masing.
“Malah, saya juga punya kisah silam. Lebih-lebih lagi saya adalah seorang janda beranak satu,” katanya.
Pertama kali berlakon teater
Dalam pada itu, Nora yang sudah 10 tahun berlakon drama dan filem, mengambil keputusan untuk terlibat dalam pementasan teater Bahayanya Wanita buat pertama kalinya.
“Saya menerima tawaran berlakon dalam teater itu dua bulan lepas daripada Eirma Fatima dan memegang watak sebagai isteri ketiga yang psiko, Farhana.
“Sesi latihan akan bermula pada 20 November ini. Selain berlakon saya juga perlu menari dan menyanyi dalam pementasan itu.
“Saya amat teruja kerana baru sekarang dapat tawaran berlakon teater dan saya pula sudah bersedia untuk berdepan dengan kritikan,” katanya yang bakal muncul dalam filem seram, Pengantin Malam.
Erra kembali bersama Awie?
Menjadi selebriti terkenal seperti Erra Fazira memang ada banyak ‘bayaran’ yang perlu dibuat olehnya.
Lupakan tentang isu keretakan rumah tangganya bersama Engku Emran yang masih menjadi tanda tanya sehingga hari ini, aktres jelita ini turut kembali dikaitkan dengan bekas kekasihnya, Awie.
Bukan kembali bercinta, namun sebaliknya mereka akan kembali digandingkan sempena kegemilangan filem Sembilu dengan konsert khas, Suara Kita, di Istana Budaya pada Mac tahun depan.
“Berkenaan konsert tersebut, pihak pengurusan saya telah pun berjumpa dengan produksi Awie.
“Bagi pihak saya sendiri, saya tiada masalah mengenainya. Ia adalah sesuatu yang ‘sweet’ kerana gabungan Sembilu itu kembali lagi selepas hampir 20 tahun,” katanya.
Menyifatkan gandingan tersebut atas dasar profesional, Erra bagaimanapun tidak kisah jika ada peminat yang masih ingin membuka kisah lama mereka.
“Itu hak masing-masing nak kenangkan nostalgia lama. Tetapi bagi saya, dah lama ia dilupakan. Lagipun, masing-masing dah ada kehidupan masing-masing,” katanya yang menerima tawaran itu daripada Awie sendiri, setelah hadir dalam program Tunggu Sekejap.
Jadi isteri kedua
Mengulas mengenai penglibatannya dalam teater Bahayanya Wanita, Ratu Cantik Malaysia 1992, berkata dia akan memegang watak sebagai isteri kedua yang bernama Kamelia.
“Kamelia adalah seorang isteri yang berusaha hendak memberi yang terbaik pada suaminya tetapi tanpa disedari perbuatannya itu telah merimaskan suaminya itu.
“Harapan saya agar semua penonton berasa terhibur,” katanya yang juga bertindak sebagai penerbit melalui syarikatnya dan Umie Aida, Frensis Sdn Bhd (Frensis).
Umie nanti zuriat sendiri
Isu anak kerap kali ditujukan kepada pelakon berbakat besar ini, sementelah lagi perkahwinannya bersama usahawan terkemuka Datuk Khairuddin Abu Hassan, sudah mencecah usia tiga tahun.
Tetap memandangnya secara positif, Umie berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada Ilahi dan tak akan berputus asa untuk mendapatkan zuriat sendiri.
“Saya suka budak-budak. Cuma ALLAH SWT tidak bagi rezeki anak pada kami.
“Kalau saya tengok anak orang lain, rasa macam nak bawa balik saja. Tapi kita kena redhalah kan.
“Lagipun, siapa yang suruh kahwin lambat,” selorohnya.
Bagaimanapun, sebelum ini, Umie yang pernah mengambil dua anak angkat yang kini semakin meningkat remaja dan akan menyambung pengajian ke universiti pilihan masing-masing, iaitu Mohd Daniel Firdaus, 20, dan Mohd Dzulhelmy, 19.
Dalam perkembangan lain, Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-16 ini bakal muncul dalam drama terbarunya di bawah arahan pengarah terkenal, Isma Yusof.
Penat bawa watak emosi
Terkenal sebagai ‘pelakon air mata’, siapa sangka aktres ini sebenarnya penat apabila sering diberi watak yang menuntutnya untuk bermain dengan emosi yang berat.
“Dalam setahun saya hanya menerima satu atau dua watak sebegitu. Ia sebagai lepas gian kepada watak berkenaan.
“Tapi buat masa ini, cukuplah dengan watak-watak sebegitu,” katanya yang akan membawakan watak Sharifah Fatima Maruka dalam teater muzikal Bahayanya Wanita.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.