Balada Pencinta |
Taruhan terbaru Khir Rahman
SELEPAS mencipta kontroversi menerusi filem arahan pertamanya ... Dalam Botol, Khir Rahman kembali mengarah dalam filem keduanya, Balada Pencinta yang bakal ditayangkan pada 24 Oktober ini.
Berbanding dengan ... Dalam Botol yang agak sarat dengan bahasa filem dan falsafahnya yang tersendiri, filem Balada Pencinta ini lebih bersifat komersial.
Mengakui akan hal itu, pengarah prolifik itu menyifatkan Balada Pencinta, bakal dikritik oleh semua pengkritik filem kerana filem ini bukan filem seni yang ada bahasa filem.
“Ia merupakan karya komersial yang sememangnya menjadi makanan penting dalam industri filem tempatan. Tetapi, kualiti filem dan ceritanya masih lagi menjadi keutamaan,” katanya.
Filem ini diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd, dibarisi beberapa nama besar dalam dunia lakonan, seperti Johan As’ari, Siti Saleha, Faizal Hussein, Dian P.Ramlee, Sein Ruffedge dan Miera Liyana
Balada pencinta mengisahkan cinta terlarang di antara bekas ahli kumpulan mafia bernama Amir dan seorang pelajar seni, Aisyah. Amir yang mahu memulakan hidup baru sebagai pemuzik jalanan telah bertemu dengan Aisyah yang berasal dari keluarga kaya. Ibu bapa Aisyah telah mengaturkan perkahwinannya dengan Boy, anak seorang ahli perniagaan yang kaya, dengan harapan perkahwinan mereka membolehkan kedua-dua perniagaan keluarga itu berkembang.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.