Kejutan buat peminat Aishwarya Rai

India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Kejutan, Buat, Peminat, Aishwarya Rai

NOR ATIEYAH YUSOFF 
FOTO: ROSLI TALIB
18 Jun 2013


India, Hiburan, Artis India, Bollywood, Selebriti, Kejutan, Buat, Peminat, Aishwarya Rai


KEJELITAAN bekas Ratu Cantik dunia dan pelakon terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan usah dipertikaikan lagi. Selain memiliki rupa paras jelita, susuk badannya yang langsing turut menjadi idaman semua wanita.

Bagaimanapun, selepas melahirkan anak sulungnya, Aaradhya, pakej lengkap yang dimiliki isteri kepada aktor Abhishek Bachchan itu berubah sekelip mata sehingga mendapat kritikan hebat seluruh dunia.

Jelitawan yang dulunya menjadi ikon kecantikan itu bertukar sebaliknya. Secara lumrahnya, setiap wanita pastinya akan mengalami perubahan berat badan selepas proses kelahiran anak. Begitu juga dengan Aishwarya yang mengalami perubahan bentuk badan ketara.

Bagi aktres berusia 39 tahun ini, penampilannya itu bukan satu masalah kerana dia kini sedang melalui fasa baru dalam hidupnya sebagai ibu. Bagaimanapun sebagai selebriti dan bekas ratu cantik, Aishwarya tidak seharusnya terus selesa dengan imej barunya itu.

Setelah dikritik teruk, pelakon Devdas ini akhirnya akur untuk kembali menurunkan berat badannya sedikit demi sedikit. Malah kehadiran ke Malaysia baru-baru ini mengejutkan semua peminat apabila dia berjaya mendapatkan bentuk badan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Tampil jelita dengan fesyen Anarkali berwarna hijau, kehadirannya di negara ini bagi merasmikan butik jam pertama jenama Longines di Pavilion, Kuala Lumpur, berjaya mencuri tumpuan peminat.

"Saya gembira dapat hadir ke Malaysia dan saya sangat kagum dengan masyarakatnya yang sangat peramah. Cuaca di sini juga lebih baik berbanding di negara saya (India)," katanya yang ditemui ketika majlis pelancaran butik tersebut. 

Rindu berlakon

Mengambil keputusan berehat seketika dari bidang seni, Aishwarya bagaimanapun meluahkan kerinduannya untuk kembali berlakon. Sudah tiga tahun dia menolak tawaran seni demi memberi perhatian terhadap cahaya mata pertamanya itu.

"Bagi saya, setiap saat bersama Aaradhya sangat berharga dan mahu melihat dia membesar di depan mata. Walaupun rindu berlakon, tetapi keluarga merupakan tempat pertama di hati saya," katanya.

Ketika ditanya mengenai perubahan bentuk badannya yang dikritik bukan sahaja di India, tetapi media antarabangsa,  Aishwarya menegaskan tidak kisah dengan kritikan tersebut.

"Saya tidak pernah memikirkan kegemukan sebagai satu masalah, tidak semua wanita akan langsing selepas bersalin dan saya salah seorang daripada mereka. Sebaliknya, saya anggap ia sebagai tarikan bagi ibu yang baru bersalin," katanya yang bakal membintangi filem Sriram Raghavan’s Next yang akan memulakan penggambaran tahun depan.

Sejak 1997, Aishwarya membintangi hampir 40 filem. Antaranya, Raavan, Raavanan, Enthiran, Action Replayy dan Guzaarish.

Hampir jadi arkitek

Menyingkap perjalanan seninya, siapa sangka ia bermula secara tidak sengaja apabila gambarnya diambil oleh profesornya untuk dimuatkan dalam majalah fesyen ketika menuntut di Jai Hind College.

Ternyata, kejelitaannya menjadi buruan syarikat pengiklanan setelah melihat gambarnya dalam majalah tersebut. Pada 1991, Aishwarya memenangi pertandingan yang dianjurkan Ford dan wajahnya menghiasi majalah Vogue edisi Amerika.

Ketika itu dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai arkitek dan memutuskan untuk berhenti belajar demi mengejar kerjaya sepenuh masa sebagai model. Percaturannya ternyata berbaloi apabila kemunculannya dalam iklan Pepsi bersama aktor terkenal, Amir Khan pada 1993, mencuri tumpuan ramai.

Setahun kemudian, dia mendapat tempat kedua dalam pertandingan Miss India dan kemudiannya berjaya merangkul gelaran Ratu Cantik Dunia (1994) yang diadakan di Sun City, South Asia.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers