Ain Nordin tak serik!

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Ain Nordin, Tak, Serik


NOR ATIEYAH YUSOFF 
FOTO: AZMI ARYANTO
18 Jun 2013

Nama Ain Nordin mungkin agak janggal bagi segelintir peminat. Namun siapa sangka di usia yang muda, gadis kelahiran Seri Kembangan, Selangor ini sudah berjaya bergelar pengarah.

Oh Mak Kau (OMK)! itulah filem pertama arahannya. Biarpun membariskan pelakon popular seperti Sepahtu, Didie Alias, Abon dan Syamsul Yusof, filemnya itu hanya mampu mencapai kutipan RM660,000.

Akui agak kecewa dengan kutipan itu, Ain bagaimanapun tidak akan berputus asa. Baginya ia bukanlah penghalang untuknya meneruskan kerjaya sebagai pengarah dan penerbit.
"Perasaan saya sekarang ini bercampur baur. Gembira, sedih pun ada.

"Walaupun kutipan tidak mencapai sasaran saya namun saya tidak akan berhenti untuk berkarya atau mengarah," katanya.

Filem terbitan syarikatnya, Star Scope Production itu kini sedang ditayangkan saluran Astro First selama sebulan sejak 7 Jun lalu.

"Bagi peminat yang tidak berkesempatan menonton filem ini di panggung, boleh menyaksikan filem ini di Astro First.

"Saya percaya anda akan terhibur bersama keluarga," kata pelakon Suatu Malam Kubur Berasap ini.



Martabat kaum wanita

Menurut Ain, matlamat utamanya dalam menghasilkan filem OMK adalah untuk memartabatkan kaum wanita agar pengorbanan dan jasa mereka tidak dipandang mudah.

"Dalam filem ini, saya banyak menaikkan peranan wanita agar mereka dilihat sebagai kaum yang lemah sebaliknya ada power dan tidak mudah mengalah. Walaupun anda gangster atau penjenayah sekalipun, mereka tetap menghormati ibu mereka kerana OMK lebih kepada kisah mengenai jasa mereka yang bergelar wanita," katanya yang memperuntukkan RM1.7 juta untuk filem tersebut.

Uniknya dalam filem ini, Ain turut menyumbangkan sebuah lagu soundtrack bertajuk Bersatu Cinta yang merupakan lagu pertama nyanyiannya.

Lupakan kontroversi lalu

Selain pernah digosipkan dengan pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusoff, Ain juga pernah mencetuskan kontroversi dengan penampilan beraninya dalam filem Pernah suatu ketika dahulu.

Aksi berkemban yang terpampang dalam poster filem tersebut membuatkan pelakon kecil molek ini dikecam hebat masyarakat. Walaupun isu tersebut memberi kesan kepada kerjaya lakonan dan imejnya, namun Ain tidak mahu menyalahkan mana-mana  pihak. Sebaliknya dia kini semakin lebih berhati-hati mengatur langlah. 

"Saya belajar daripada kesilapan lalu dan kini lebih berhati-hati dalam setiap perkara agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. Selepas isu gambar tersebut, saya mengambil keputusan untuk bermuhasabah selama enam bulan sebab itulah saya jarang muncul di kaca televisyen," jelas Ain.

Semakin optimis meneruskan karier seninya, aktres berusia 25 tahun itu nekd untuk terus menerokai dunia pengarahan, penulisan skrip serta menerbitkan filem sendiri.

Selain itu, Ain juga melangkah setapak lagi sebagai pengacara program 13 episod, Alamak Kan Dah Kena, yang bersiaran di TV2.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers