Amy Mastura Pilih Rakam Lagu Lebih Ceria

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Amy Mastura, Pilih, Rakam, Lagu, Lebih, Ceria
Amy Mastura


Oleh KEMALIA OTHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Amy Mastura mengakui memilih lagu-lagu yang memberi inspirasi, bertenaga dan ceria bersesuaian dengan karakter sebenar dirinya.

Amy atau nama penuhnya Amy Mastura Suhaimi, 42, berkata, lagu-lagu seperti itu memberi warna dalam hidup beliau dan mudah untuk disampaikan.

"Saya kalau boleh ingin lagu-lagu yang bersesuaian dengan jiwa saya yang ceria. Saya suka orang yang dengar lagu saya berasa gembira.

"Macam lagu terbaru saya Tapi Itu Dulu, ia segar dan catchy, mudah untuk diingati oleh pendengar," katanya kepada mStar Online.

Tambah Amy, dia bakal melancarkan single keduanya pada Oktober depan yang turut menampilkan genre yang sama seperti lagu sebelum ini.

Malaysia, Hiburan, Artis Malaysia, Selebriti, Amy Mastura, Pilih, Rakam, Lagu, Lebih, Ceria
Lakonan Amy Mastura, Fara Fauzana dan Misha Omar dalam teater Nyonya and The Gang.


Dalam pada itu penyanyi yang terlibat dalam pementasan teater Nyonya and The Gang ini turut menerima tawaran lakonan tersebut kerana watak Keponakan Anggun yang dilakonkannya bersifat komedi dan ceria.

"Saya suka watak ini, namun untuk menghafal skrip berbahasa Indonesia mengambil masa selama sebulan.

"Lagi pula sebelum ini saya hanya berlakon teater berkonsepkan kanak-kanak dan ini kali pertama saya berlakon teater dewasa. Setakat ini tiada masalah," katanya.

Bagaimanapun, dia menolak dakwaan lakonannya menenggelamkan karakter pelakon lain dalam teater tersebut.

"Saya lakukan yang terbaik untuk watak tersebut, jika penonton terhibur itu sudah memadai," katanya.

Teater Nyonya & The Gang dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun ini di Panggung Sari Istana Budaya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers