KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Sejak bermulanya kegilaan penonton tempatan terhadap drama Korea menerusi tayangan drama air mata meruntun hati, Winter Sonata, keberkesanan formula yang berjaya dicetuskan karyawan daripada negara tersebut tidak pernah berhenti.
Pengisian daripada segi jalan cerita yang mengisahkan konflik keluarga, darjat dan nasib malang tidak akan pernah tertinggal dalam setiap siri yang dihasilkan. Sebuah lagi siri yang hit di Korea dan telah menular kepada penonton Malaysia, That Winter, The Wind Blows akan diulang tayangkan semula pada 1 Jun depan.
Berita gembira ini malah berganda apabila pihak ONE HD telah menerbangkan hero drama bersiri tersebut, Zo In Sung ke Malaysia dan rantau ini dalam rangka promosinya. Zo In Sung yang baru kembali ke dunia seni selepas menamatkan khidmat ketenteraan pada 2011 itu hadir pada sesi temubual yang diadakan di hotel Hilton KL.
Pelakon tinggi lampai yang juga model ini mengakui bahawa peranannya di dalam That Winter, The Wind Blows menguji keupayaannya bermain emosi melalui watak Oh Soo. Oh Soo, kaki judi yang menipu waris hartawan kaya buta lakonan Song Hye Kyo dengan mengaku sebagai abang yang lama terpisah demi mencari wang membayar hutang-hutang judinya itu.
"Ia merupakan watak jahat yang sangat sukar dan mempunyai pelbagai sisi yang berbeza melalui karektornya. Ketika dalam penggambaran saya perlu mencari dan mendalami watak ini untuk menjadikan ia ringkas dan mudah untuk saya lakonkan serta sampai kepada penonton.
"Melakonkan watak ini turut mengajar saya tentang kehidupan yang sukar dijalani oleh mereka yang buta serta sokongan yang diberikan oleh individu sekeliling amat diperlukan.
"Ini membuatkan orang-orang yang cacat penglihatan dilihat tabah menjalani kehidupan mereka,"ujarnya yang mengakui mendapat iktibar serta pengajaran ketika melakonkan watak Oh Soo.
Adegan cium yang seringkali dipaparkan dalam drama berunsurkan cinta adakalanya mengundang kontroversi mahupun gosip tetapi Zo In Sung tidak melihatnya daripada pandangan sudut itu. Malah dia mengakui itu adalah babak yang paling sukar baginya sepanjang membintangi drama adaptasi drama bersiri Jepun I Don't Need Love, Summer.
"Untuk babak cium itu sehingga kini tidak pula mengundang gosip atau kontroversi kerana itu adalah adegan biasa di dalam drama seperti ini. Tiada meninggalkan kesan buruk atau negatif pada saya.
"Sebaliknya ia antara babak yang sukar buat saya kerana ia memerlukan saya menumpukan sepenuh perhatian serta mainan emosi bagi memberikan ekspresi yang tepat menggambarkan perasaan ketika itu.
"Boleh dikatakan babak cium lebih melambangkan cinta dan ia sangat menyentuh perasaan orang yang menontonnya,"jawab aktor yang berusia 32 tahun ini tentang babak cium diantaranya dan Song Hye Kyo.
Bermula 1 Jun ini di saluran ONE HD, That Winter, That Wind Blows bakal memenuhi petang hujung minggu anda dengan mainan emosi menyentuh jiwa serta konflik diantara cinta dan keluarga. Tayangan semula drama bersiri ini adalah atas permintaan ramai dan peminat juga telah berpeluang menemui Zo In Sung di Paradigm Mall, semalam untuk sesi ramah mesra bersama peminatnya di sini.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.