MasterChef: Berakhirnya Perjuangan Sabhi Saddi


KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Perjuangan penyanyi dari Sabah, Sabhi Saddi, 29, di dapur masakan MasterChef Selebriti Malaysia 2 (MSM2) berakhir semalam apabila barisan juri memutuskan bahawa Sabhi adalah peserta yang tersingkir.

Semuanya bermula dengan kekalahan pasukan Merah yang diketuai Kenchana Dewi dalam Cabaran Sajian Luar sebelum ini, menyebabkan ahli-ahli pasukan itu terpaksa bersaing dalam Ujian Sajian Pantas dan berdepan dengan penyingkiran.

Terdahulu, pasukan Biru yang diketuai Michael Ang berjaya mendominasi Cabaran Sajian Luar yang bertemakan Minum Petang. Ini sekaligus meletakan pasukan Merah yang dianggotai oleh Rozita Che Wan, Celina, Lydiawati, Syura, Kenchana dan Sabhi sendiri meneruskan cabaran dalam Ujian Sajian Pantas. 

Malaysia, Hiburan, MasterChef Slebriti Malaysia 2, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, MasterChef, Berakhirnya, Perjuangan, Sabhi Saddi


Kenchana bagaimanapun sebagai ketua memberi perlepasan kepada Syura di atas usahanya dalam Cabaran Sajian Luar sebelum ini, dan membolehkan Syura terselamat.

Ujian Sajian Pantas semalam bertemakan Sarapan Pagi. Rata-rata peserta yang bersaing menyediakan sajian berbentuk nasi lemak untuk memikat juri termasuk Sabhi. Bagaimanapun, sajian nasi lemak Sabhi yang jelas kelihatan biasa gagal memikat juri, menjadikannnya peserta ke 8 yang tersingkir dari pertandingan MSM2.

Penyingkiran Sabhi itu membolehkannya mengumpul RM5000 untuk National Diabetes Institute (NADI).

Kini 11 selebriti meneruskan perjuangan mereka dalam Masterchef Selebriti Malaysia. Apakah cabaran yang menanti mereka nanti? Saksikan MasterChef Selebriti Malaysia, Sabtu hingga Selasa, 9 malam di Astro Ria (104) & Mustika HD (134)

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers