Astro Bawakan Kembali Fenomena AF 2013


KUALA LUMPUR, 23 MEI 2013: Rancangan realiti TV paling popular di negara ini, Akademi Fantasia akan kembali semua menemui penonton dengan penjenamaan semula serba baru yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.

Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) kembali menemui penonton selepas sembilan musim yang penuh gemilang bermula dengan musim pertama pada tahun 2003. Bakal menyaksikan kebangkitan bintang sebenar, AF 2013 akan memulakan penjelajahan di lima buah negeri seluruh Malaysia iaitu Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Selangor sepanjang bulan Jun ini untuk sesi uji bakat bagi mengenal pasti calon-calon terbaik yang dilihat layak untuk diketengahkan dan diberi bimbingan untuk AF 2013.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh berkata, "Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2003 sehinggalah berakhirnya tirai AF di musim yang kesembilan, kami melihat jenama AF ini sebagai satu platform dominan yang membekalkan pelapis-pelapis seni tanah air kepada industri.


artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Astro, Bawakan, Kembali, Fenomena, Af, Akademi fantasia, 2013


Ianya terbukti masih relevan apabila ramai bintang-bintang Akademi Fantasia seperti Hafiz, Stacy, Hazama, Akim, Aril, Aizat dan ramai lagi berjaya bertapak dan mencipta nama di dalam setiap cabang seni yang diceburi seperti bidang nyanyian, lakonan mahupun pengacaraan.

Melihat kepada kejayaan demi kejayaan yang diukir oleh bintang-bintang ini, kami percaya AF perlu terus wujud di dalam lanskap hiburan tanah air," jelas Khairul.

"Setelah lebih setahun rancangan ini tidak bersiaran, pihak Astro telah merangka strategi dan format efektif bagi menambah baik program ini yang pastinya menjanjikan kepuasan maksima bagi memenuhi tuntutan penonton yang dahagakan program hiburan yang berkualiti. Menyaksikan perkembangan arus teknologi dan media baru, pihak kami juga pastinya tidak ketinggalan untuk meneroka dan menggunakan kapasiti media baru atau social media untuk sebarang komunikasi dan interaksi kelak.

Kami berjanji untuk memberikan sepenuh komitmen kami bagi menghasilkan sebuah lagi musim yang pastinya membawakan kebangkitan bintang sebenar menerusi AF 2013. Kami juga yakin dengan pembaharuan yang diperkenalkan ini akan mengembalikan semula zaman kegemilangan program yang menjadi aset kami ini," ujar Khairul.

Menariknya, beberapa pembaharuan telah diperkenalkan bagi memantapkan lagi mutu pengisian program agar terus segar serta menepati kehendak para penonton yang dahagakan program-program berkualiti. Untuk musim terbaru ini, calon peserta juga boleh memilih untuk sama ada menyertai program ini secara solo ataupun dengan pasangan duet.

Selain itu, calon peserta juga masih boleh memilih untuk menghantarkan klip video penyertaan secara online di laman sesawang rasmi.

Program Akademi Fantasi 2013 ini dijadualkan untuk mula bersiaran di saluran rasmi Astro Ria (104) pada bulan September kelak.

Bagi anda yang mempunyai bakat terpendam serta mempunyai keinginan untuk mencipta di persada seni hiburan, anda boleh hadir di ujibakat tersebut :

NO.NEGERITEMPATTARIKH
1.JohorHotel The Zon, Johor Bahru1 & 2 Jun 2013
2.Pulau PinangHotel Vistana, Pulau Pinang8 & 9 Jun 2013
3.SarawakHotel Merdeka Palace, Kuching15 & 16 Jun 2013
4.SabahHotel Promenade, Kota Kinabalu22 & 23 Jun 2013
5.SelangorShah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam29 & 30 Jun 2013


INFO PENTING

Nota


  1. Kaunter pendaftaran dibuka dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang
  2. Calon digalakkan datang awal untuk mengelakkan sebarang kesesakan
  3. Calon bebas untuk menyanyikan sebarang genre lagu secaraacapella

Syarat Ujibakat:


  1. Peserta lelaki dan wanita
  2. Peserta individu ataupun duo
  3. Berumur 18 - 35 tahun (pada tarikh ujibakat diadakan)
  4. Warganegara Malaysia dan Singapura termasuk artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman mahupun pengurusan

Sila bawa:


  1. Salinan kad pengenalan bagi warganegara Malaysia ataupun salinan passport bagi warga Singapura
  2. 2 keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang)

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers