Isu Rumahtangga, Biar Diasak Erra Fazira Perlu Bertahan

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2013: Aktres jelita, Erra Fazira akui dia perlu bertahan daripada meluahkan atau berkongsi hal rumahtangganya kepada banyak pihak termasuk media, biarpun diasak dengan pelbagai pertanyaan mengenai gossip yang mendakwa rumahtangganya kini sedang retak menanti belah.

Malah, Erra Fazira berkata dia punya sebab mengapa sehingga kini dia masih tetap dengan pendiriannya untuk menutup mulutnya.

"Sebenarnya saya ada sebab mengapa dari dulu saya terus 'zip' mulut saya daripada bercerita mengenai hal rumahtangga. Lagipun sebagai isteri, agama kita dilarang untuk berkongsi hal rumahtangga kepada orang luar.

"Sebab itu sehingga kini saya masih bertahan daripada terus bercerita walaupun sudah banyak cerita dan gosip dikeluarkan.


Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Isu, Rumahtangga, Biar, Diasak, Erra Fazira, Perlu, Bertahan


"Saya rasa ada benda yang boleh saya kongsikan dan ada yang tidak," katanya kepada murai.com.my selepas pelancaran Butik Desa Murni Batik Sdn Bhd di Shah Alam, petang semalam.

Erra Fazira hadir ke majlis pelancaran butik tersebut sebagai duta yang dilantik sejak 2 tahun lalu.

Tidak mampu menutup mulut beberapa pihak yang masih memperkatakan mengenai hal rumahtangganya, Erra Fazira memberitahu bila tiba masanya nanti dia akan bersedia untuk bercerita mengenai hal rumahtangganya.

"Orang yang sentiasa bertanya mengenai rumahtangga saya ini saya rasa mereka hanya nak tahu sahaja dan sengaja nak jadi ' Kak Nam Style'.

" Malah, sejak awal perkahwinan kami pun, cerita-cerita buruk mengenai rumahtangga kami sudah pun timbul. Entah lah, saya pun tak faham.

"Saya hanya minta doakan yang terbaik untuk rumahtangga saya dan insyaAllah jika tiba masa yang sesuai nanti, saya akan menceritakannya," luahnya lagi.

Erra dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin telah mendirikan rumahtangga pada 25 Oktober 2007 dan hasil perkahwinannya itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata Engku Aleesya yang kini berusia 4 tahun.

Teks oleh Syafiqah Jalal

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers