Kes Dadah Kanabis, Saiful Apek Diperintah Bela Diri

SHAH ALAM, 23 MEI 2013: Pelakon dan pelawak terkenal, Saiful Apek yang sebelum ini dibebaskan daripada tuduhan memasukkan dadah kanabis ke dalam badan bersama tiga rakannya pada tahun lalu diperintahkan membela diri terhadap tuduhan itu oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Menerusi laporan mStar Online, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap perintah Mahkamah Majistret Petaling Jaya yang membebaskan mereka daripada pertuduhan pada Jun tahun lepas.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, Mahkamah Majistret terkhilaf ketika membuat keputusan terhadap Saiful Apek dan tiga rakannya kerana beliau tidak nampak ada kelompangan dalam kes pendakwaan.

Malaysia, artis malaysia, berita, gambar, berita terkini, hiburan, selebriti, Kes dadah, Kanabis, Saiful Apek, Diperintahkan, Bela, Diri


"Oleh itu, mahkamah mengetepikan semua perintah yang dibuat oleh majistret sebelum ini dan mahkamah perlu mendengar kes tersebut," katanya.

Pada 25 Jun tahun lepas, Mahkamah Majistret Petaling Jaya membebaskan Saiful Apek, 44, atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff dan tiga pekerja syarikat produksi Gitu-Gitu Productions iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 30, Shaiful Baharom, 26, dan Noremy Mohamad, 30, selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Petaling Jaya pada 11 malam, 12 Jun 2010.

Keempat-empat tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Fadly Hashim, didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sumber mStar Online

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers