Rita Rudaini Minta Alasan Cerai Aidil Zafuan


Rita Rudaini, Minta, Alasan, Cerai, Aidil Zafuan, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Pelakon Rita Rudaini, mahu suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak memberi alasan kukuh sebab-sebab mahu berpisah sebelum mereka bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, sebentar tadi.

Menurut laporan mStar Online hari ini, Peguam Rita Rudaini iaitu Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain, memberitahu aktres itu tidak bersetuju dengan permohonan cerai Aidil memandangkan mereka tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak Aidil keluar dari rumah setahun lalu.

"Seperti kes sebelum ini, Rita ingin menuntut alasan kukuh kenapa Aidil mahu menceraikannya dan dia tidak bersetuju dengan permohonan itu selagi mereka tidak bersemuka untuk berbincang.

"Selain itu, Rita ingin berbincang tentang banyak perkara termasuk berkenaan dengan hal anak sebelum bersetuju dengan keputusan itu (bercerai)," katanya.

Aidil, 26, telah memfailkan penceraian terhadap Rita, 37, buat kali kedua selepas menarik balik permohonan untuk bercerai dengan isterinya itu pada Mei tahun lalu di mahkamah sama.

Tambah Zaidi lagi, Rita berbuat demikian kerana enggan Aidil lepas tangan daripada tanggungjawabnya sebagai bapa kepada dua anak lelaki mereka iaitu Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Terdahulu, Aidil telah membuat permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban dan permohonan hak penjagaan anak di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban.

Bagaimanapun, mahkamah menunda kes pasangan itu dan menetapkan tarikh baru iaitu 8 Mac 2013 bagi membolehkan kedua-dua pihak melantik Jawatankuasa Khas Pendamai di Pejabat Agama Islam, Daerah Seremban.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan perkahwinan itu tidak mendapat restu keluarga.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers