Shila Amzah Nantikan Saat Jejak Kaki Ke Tanah Suci


Shila Amzah, Nantikan, Saat, Jejak, Kaki, Ke, Tanah, Suci, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Berpeluang menghubungi penyanyi popular dengan lagu Patah Seribu, Shila Amzah baru-baru ini sedikit-sebanyak dapat memberikan info terkini tentang perkembangan karier serta dirinya.

Ramai peminat serta umum ingin mengetahui tentang perkembangan dirinya setelah dia dilihat terpaksa memutuskan hubungan cintanya dengan Sharnaaz Ahmad setelah cinta mereka tidak direstui keluarga Shila khususnya, bapanya, ND Lala.

Dia yang baru sahaja tampil dengan single terbaru, Masih Aku Cinta yang ditulis secara bersahaja ketika bermain gitar bagaimanapun enggan memperkatakan lagi tentang apa yang telah pun dilaluinya itu. Sebaliknya, dia mahu terus fokus kepada kerjaya serta berkongsi perasaannya yang bakal menunaikan umrah tidak lama lagi.

"Mengenai hal yang telah berlalu biarlah ia berlalu kerana bagi Shila ia sudah pun tertulis sedemikian rupa. Kini Shila menjalani kehidupan seperti biasa dan hanya mahu fokus kepada kerjaya seni sahaja.

"Shila serta adik beradik yang lain telah diajar daripada kecil supaya sentiasa ingat dan percaya kepada Qada dan Qadar. Ajal, maut jodoh serta pertemuan adalah milik Allah SWT dan kita hanya mampu merancang selebihnya adalah urusan DIA di atas sana,"jelasnya ringkas tentang perasaan dan perkembangan diri kini.

Shila serta keluarga bakal pergi menunaikan umrah pada bulan Mac depan dan Shila mengakui memang sangat menantikan masa untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah. Dia bersyukur kerana kerana telah dijemput menjadi tetamu Allah bersama ahli keluarganya.

"Memang Shila sudah lama merancang dengan kedua ibu bapa mengenai rencana mahu ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Ia telah dibuat sejak tahun lalu lagi. Akhirnya ia terlaksan jua pada tahun ini.

"Shila sangat teruja dan seronok apabila menjadi antara kalangan tetamu Allah dan ini merupakan kunjungan pertama Shila ke sana,"ulas Shila mengenai pemergiannya sekeluarga ke tanah suci pada Mac depan.

Juara Asian Wave 2013 ini juga bercerita bahawa dia bakal terbang semula ke China untuk meneruskan segala perancangan yang telah diatur buat Shila. Gadis berusia 22 tahun ini juga melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menghadirkan diri pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 kerana komitmennya bersama Shanghai Media Group.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers