Anuar Zain, Aizat, Najwa Latif Meriahkan Konsert Wow!


Anuar Zain, Aizat, Najwa Latif, Meriahkan, Konsert, Wow, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 26 FEB 2013: Anuar Zain, Aizat, Azlan Typewriter dan Najwa Latiff adalah antara penyanyi yang bakal memeriahkan Konsert Wow! bersempena penganjuran Karnival Wow! Putrajaya 2013 (KWP 2013) di Laman 1Malaysia Presint 2 Putrajaya, jam 9 malam pada 3 Mac ini.

Pada malam tersebut juga pengunjung berpeluang bertemu karektor kartun popular, Upin & Ipin serta menyaksikan persembahan lawak jenaka daripada Shuib Sepahtu, Abon dan Jambu.

Konsert Wow! diadakan sebagai menutup tirai bagi sambutan KWP 2013 itu dan ia akan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang akan menghiasi langit Putrajaya malam tersebut.

Bertemakan Undiscovered Jewel, Karnival Wow! Putrajaya yang bermula pada 28 Februari dan berakhir 3 Mac itu turut menampilkan pelbagai tarikan lain.

Selain persembahan hiburan, pengunjung juga berpeluang menaiki helikopter, mencuba sukan lasak 4x4, go kart, pertandingan paintball dan menyaksikan persembahan hebat anggota tentera dalam tatu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Penganjuran karnival kali ini menampilkan enam komponen utama iaitu pameran utama di Pavilion PPj, gerai pameran aktiviti agensi kerajaan serta gerai jualan dan aktiviti syarikat korporat.

PertandinganTerdapat 10 pertandingan akan diadakan sempena empat hari penganjuran karnival itu antaranya pertandingan karaoke, makan sosej, memasak, gusti lengan, menghias kereta dan fotografi.

Selain itu pertandingan mencari harta karun, paintball, pertandingan brassband antara sekolah seluruh Lembah Kelang dan kompang berformasi antara sekolah turut diadakan.

Peserta yang mahu mengambil bahagian dalam pertandingan karaoke pula perlu membawa minus one atau cakera padat (CD) karaoke sendiri. Yuran penyertaan bagi pertandingan karaoke adalah RM15 bagi kategori bawah 15 tahun dan RM25 bagi kategori 16 tahun ke atas.

Banyak lagi yang menarik di Karnival Wow! Putrajaya 2013 yang berlangsung empat hari bermula 28 Februari hingga 3 Mac ini

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers