Mawi, Ekin Suka BBQ Bersama Pada Waktu Lapang


Mawi, Ekin Suka, BBQ, Bersama, Pada, Waktu, Lapang, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Setiap orang mempunyai hobi dan kegemaran masing-masing. Begitu juga dengan pasangan romantis Mawi dan Ekin yang suka menyediakan BBQ jika berkesempatan meluangkan masa bersama.

Lebih menarik lagi, pasangan ini tidak memerlukan tempat yang jauh untuk melakukan aktiviti kegemaran mereka itu, kerana Mawi dan Ekin lebih selesa jika ia dilakukan di rumah sahaja. Sementelah pula, kediaman mereka yang terletak di Kelab Golf, Bandar Baru Bangi dikelilingi kehijauan alam semulajadi sudah cukup untuk memberikan 'mood' segar, ketenangan dan kedamaian.

Bagaimanapun, Mawi dan Ekin tidak berdua ketika BBQ kerana puteri kesayangan, Cahaya Malaika turut menemani. Keletah dan kerenah Cahaya yang sama-sama 'sibuk' ketika menyediakan persiapan serta kelengkapan barbeque, menceriakan lagi suasana.

Semua ini akan dapat anda saksikan di dalam episod ke empat Romatika, esok (Selasa), pukul 9 malam di Astro Ria (saluran 104) serta tayangan serentak di Astro Mustika HD (saluran 134).

Romantika sebuah program yang menyingkap kisah pasangan selebriti ternama di Malaysia yang sudah mendirikan rumahtangga untuk berkongsi tentang kisah perkahwinan dan kehidupan mereka yang disiarkan setiap Selasa, secara ekslusif di Astro.

Serentak dengan itu, portal murai.com.my ingin mengucapkan Selamat Ulangtahun Kelahiran kepada Cahaya Malaika yang bakal berusia 1 tahun pada 28 Februari ini!

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers