Mizz Nina, Hans Isaas Bakal Raikan Bella Awards


Mizz Nina, Hans Isaas, Bakal, Raikan, Bella Awards 2013, Artis Malaysia, Hiburan, Malaysia


KUALA LUMPUR, 25 FEB 2013: Penyanyi terkenal Mizz Nina telah diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembuka di anugerah berprestij yang bakal meraikan golongan wanita, Bella Awards yang akan disiarkan secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2013 ini.

Turut berkongsi pentas dengan puteri pop itu adalah Darren Ashley serta kumpulan wanita yang sedang meningkat naik, The Impatient Sisters. Mizz Nina malam itu bakal menggegarkan acara itu dengan lagu hit popularnya "Takeover" hasil duetnya bersama bintang rap antarabangsa, Flo Rida dan lagu nyanyian Black Eyed Peas, Just Do It.

Manakala Hans Isaac bakal digandingkan bersama tiga jelitawan Bella, Elaine Daly, Daphne Iking, dan Vanessa Chong untuk mengacarakan rancangan anugerah itu yang bermula pada jam 9.00 malam di ntv7.

Acara karpet merah Bella Awards, "Sparkle Carpet" pula akan disiarkan pada 8.30 malam dan diacarakan oleh Nazrudin Rahman bersama pemenang pencarian "Bella Official Correspondent". Gabungan dua pengacara di karpet merah ini nanti dikatakan bakal memberikan idea dan konsep menarik dalam pengacaraannya.

Bella Awards juga akan menampilkan segmen khas yang dinamakan Fashion Rocks menampilkan pereka fesyen terkenal Datuk Radzuan Radziwill bersama Fizi Woo. Pereka fesyen ini bakal memperagakan 12 buah koleksi mereka di pentas Bella Awards 2013.

Datuk Radzuan memang terkenal di dalam bidang fesyen dan sering mereka pakaian buat artis-artis terkenal. Malah beliau juga pernah diberi tugasan untuk mereka pakaian penyanyi Dato' Siti Nurhaliza untuk konsertnya di Royal Albert Hall di London.

Manakala Fizi Woo pula telah memenangi pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya. Ketika segmen "Fashion Rocks" oleh Fizi Woo, Darren Ashley dan The Impatient Sisters akan turut serta menyanyikan rantaian lagu popular mereka, "Far Out" dan "Comets and Stars".

Bagi memastikan susunan lagu di acara itu bakal menghiburkan penonton, Bella Awards juga mendapatkan penerbit, komposer dan penulis lagu terkenal, Aubrey Suwito selaku pengarah muzik.

Bella Awards 2013 dianjurkan oleh ntv7 bersempena Hari Wanita Sedunia. Ia juga merupakan rancangan anugerah wanita pertama seumpamanya yang diadakan untuk merai, mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada wanita di negara ini

Rancangan anugerah itu bakal mengumumkan pemenang bagi setiap kategori Bella Style Award, Bella Creative Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award, dan Bella Heart Award. Tidak ketinggalan satu anugerah khas buat lelaki yang dinamakan Bella Mars Award" yang diberikan kepada calon terpilih berdasarkan sumbangan mereka terhadap masyarakat.

Sementara itu anugerah utama yang paling dinantikan adalah THE BELLA AWARD. Pengiktirafan ini akan dianugerahkan kepada individu yang tidak hanya tertakluk kepada calon-calon yang telah tersenarai di dalam setiap kategori yang dipertandingkan.

Empat lagi anugerah tambahan iaitu Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award, dan Bella Radio Award akan berdasarkan kepada undian orang ramai melalui SMS dan dalam talian di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Bella Awards akan bersiaran secara langsung selama satu jam setengah pada 2 Mac 2013 bermula jam 9.00 malam manakala acara karpet merah "Sparkle Carpet" pula akan disiarkan tepat jam 8.30 malam eksklusif ntv7. Rancangan anugerah itu juga boleh ditonton secara "live streaming" di www.ntv7.com.my/bellaawards.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers