Kehebatan Argo dan Dominasi Life of Pi di Oscar 2013


Kehebatan, Argo, dan, Dominasi, Life of Pi, di, Oscar 2013, Artis Amerika, Artis Hollywood, Hollywood, Hiburan, Amerika,


LOS ANGELES, 25 FEB 2013: Filem Argo arahan Ben Affleck sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila meraih anugerah Best Picture di Anugerah Academy ke-85 sebentar tadi. Kejayaan itu meneruskan dominasi kecemerlangan Argo di peringkat tertinggi selepas meraih anugerah utama di Anugerah Golden Globe, awal Januari lalu.

Argo turut meraih dua anugerah lain iaitu Best Writing - Adapted Screenplay dan Best Film Editing pada malam Oscar 2013 yang berlangsung dari Dolby Theather, Hollywood ini.

Selain kehebatan Argo, individu lain yang turut pulang dengan senyuman ialah pengarah profilik Ang Lee yang memenangi anugerah Best Director untuk filem Life of Pi. Ini adalah kejayaan kedua buat Ang Lee selepas memenangi anugerah yang sama pada tahun 2005 menerusi filem Brokeback Mountain.

Life of Pi turut menjadi filem paling banyak memenangi anugerah pada malam gilang gemilang tersebut dengan 4 anugerah. Selain Best Director, Life of Pie turut memenangi kategori Best Original Score, Best Cinematography dan Best Visual Effects.

Sekali imbas, majoriti kemenangan di Anugerah Academy atau Oscar ini nampaknya konsisten dengan kemenangan Anugerah Golden Globe lalu. Daniel Day-Lewis contohnya, turut meraih gelaran Best Actor di Oscar selepas memenangi kategori Best Perfomance Actor - Drama di Golden Globe.

Individu lain yang memperoleh kejayaan yang sama sepertimana di Golden Globe ialah Anne Hathaway (Best Supporting Actress), Christoph Waltz (Best Supoorting Actor) dan Jennifer Lawrence (Best Actress). Mereka dilihat mendominasi kedua-dua anugerah besar ini dengan kejayaan mereka di dalam filem masing-masing.

Kategori Best Animated Feature dan Best Foreign Language Film juga melihat pemenang yang sama dengan Golden Globe, iaitu Brave dan Amour (sebuah filem berbahasa Austria). Quentin Tarantino pula mampu menarik nafas lega sekali lagi selepas Django Unchained memenangi anugerah Best Screenplay, anugerah yang sama dimenangi di Golden Globe.

Lagu Skyfall nyanyian Adele terus membuktikan lagu itu sememangnya 'berhantu' apabila sekali lagi dipilih Best Original Song selepas memenangi anugerah yang sama di Golden Globe. Uniknya untuk Oscar kali ini, kategori Best Sound Editing dimenangi 2 filem yang berkongsi kejayaan iaitu Skyfall dan Zero Dark Thirty.

Anugerah Academy ke-85 dihoskan oleh Seth MacFarlane dan malam anugerah tersebut telah bersiaran secara langsung dengan durasi selama 3 jam 30 minit.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers