Perodua lancar kempen ganti stereng Myvi

Perodua, lancar, kempen, gant,i stereng, Myvi, stereng, kuasa, elektronik, EPS, 74,000, varian, Malaysia


KUALA LUMPUR - Perodua melaksanakan kempen langkah pencegahan bagi menggantikan bahagian stereng kuasa elektronik (EPS) terhadap 74,000 varian Myvi baharu yang dibina antara Mac 2011 dan Mac 2012.

Pembuat kereta kompak itu berkata, kempen itu bertujuan memastikan pemilik Perodua Myvi baharu itu menikmati prestasi optimum kenderaan masing-masing.

Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kempen itu perlu memandangkan prestasi kereta mungkin tidak berada pada kedudukan terbaik dan mungkin menjejaskan sebahagian respons semasa pemandu memandu pada kelajuan rendah.

"Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Perodua, masalah itu boleh dikesan apabila penunjuk EPS menyala dan pemandu mendapati rasa berat pada kelajuan antara 30 dan 40 kilometer sejam.

"Ini boleh dibaiki sementara dengan mematikan enjin dan menghidupkan semula kereta, namun untuk pembaikan kekal dan mengurangkan kemungkinan risiko ke atas pelanggan, kami meminta mereka membuat temu janji di mana-mana 170 pusat servis kami di seluruh negara untuk penggantian EPS itu," katanya menerusi satu kenyataan di semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

***iskandarX: Boleh drift aa lepas nie kan? huuhuuuuu

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers