KPDNKK rampas 672 silinder LPG bernilai RM100,000

KPDNKK, rampas, 672, silinder, LPG, bernilai, RM100,000, kuala lumpur, di, sebuah, gudang, berhampiran, Stesen Komuter Segambut, semalam, Jenayah, malaysia


KUALA LUMPUR — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 672 silinder gas petroleum cecair (LPG) bernilai kira-kira RM100,000 dalam serbuan di sebuah gudang berhampiran Stesen Komuter Segambut di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa KPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, dalam serbuan pada kira-kira 4.30 petang itu, pihaknya turut menahan dua pekerja lelaki yang sedang memindahkan silinder gas berkenaan di premis terbabit bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal mendapati gudang itu dijadikan stor penyimpanan dan pemindahan subsidi LPG, yang dipercayai diseleweng bagi kegunaan domestik dan perindustrian, dan berdasarkan laporan yang diterima, premis itu telah diserbu dua kali sejak 2009,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Beliau berkata, pihaknya sedang menyiasat bagi mengenal pasti dalang utama kegiatan itu, termasuk pemilik premis untuk siasatan lanjut.

Othman berkata 602 tong gas seberat 14 kilogram yang dirampas itu adalah untuk kegunaan domestik, manakala selebihnya berkapasiti 50 kilogram bagi kegunaan perindustrian. — BERNAMA

Comments

  1. Assalammualikum....tangkap aje lah orang yang x nak bayar cukai kerajaan....

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam, a'aa orang lain penat je buat keja dorang nie senang2 je nak seludup2 pulak.

      Delete

Post a Comment

Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my

Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers