Ugutan ketiga terima peluru



Gombak: Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (PERINNBAM), U Thamotharan, menerima surat ugutan bersama sebutir peluru dihantar ke pejabatnya, petang kelmarin. 






Nota: Video nie aku letak bagi korang dapat bezakan antara jenis peluru 9mm kaliber. Perhatikan betul-betul.......


Surat ugutan dan peluru dalam sampul bertulis tangan yang diletakkan di peti surat pejabatnya di Taman Sri Gombak di sini, ditemui pembantunya pada jam 2.30 petang. Ia dipercayai ada kaitan dengan pendedahan Penaung PERINNBAM, Senator Datuk S Nallakarupan pada sidang media Selasa lalu, berhubung 20 akaun induk bernilai RM3 bilion didakwa dikawal Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam, Thamotharan berkata, ugutan itu yang ketiga diterimanya sepanjang tahun ini, semuanya didakwa ada kaitan dengan pendedahan Nallakarupan berhubung isu membabitkan Ketua Pembangkang. 


Kena serang 


“Dua bulan lalu, saya diserang dengan parang oleh tiga lelaki, dua hari selepas Datuk Nalla (Nallakarupan) mengadakan sidang media berhubung isu membabitkan Anwar. 


“Semalam (kelmarin) saya terima pula peluru dan surat, tiga hari selepas sidang media Datuk Nalla yang turut saya hadiri berhubung isu akaun RM3 bilion milik Anwar. 
“Saya percaya pihak terbabit tak mahu saya bersama dengan Nalla dalam mendedahkan isu itu,” katanya. 


Beliau turut menunjukkan surat ugutan tulisan tangan yang tertera ayat berikut: “Hei you jangan lagak pandai, kali ni dalam sampul lain kali masuk badan, jangan ikut dia’. 


Sementara itu, Nallakarupan yang juga bekas rakan karib Anwar berkata, berdasarkan surat ugutan itu, beliau yakin individu dimaksudkan pihak mengugut Thamotharan adalah dirinya. 


“Saya percaya pihak terbabit melakukan ugutan kerana tidak mahu Thamotharan rapat dengan saya. Dalam surat itu tertera ayat ‘jangan ikut dia’... ‘dia’ itu saya yakin merujuk kepada diri saya,” katanya. 


Nallakarupan pada media Selasa lalu mendakwa, Anwar kini tertekan ekoran desakan ramai pihak yang mahukannya memulangkan wang RM3 bilion didakwa dikawalnya menerusi 20 akaun induk.


Korang nampak tak peluru tu? Macam familiar kan? Pemilik Glock 17 mesti guna peluru tu. Sapa-sapa yang pernah kerja atau dah sedang bekerja jadi armguard mesti tau benda nie kan? Lagipun cerita nie nampak kartun sangat. Nialailah dengan kepala hotak korang sendiri.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers