LANGKAWI - Tiga beradik dari Arab maut bersama pemandu teksi selepas kenderaan dinaiki bertembung dengan sebuah lori simen di Jalan Ayer Hangat berhampiran tempat membakar sampah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Harrith Kam Abdullah berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang ketika teksi jenis Cherry Alado yang dipandu Zubir Ibrahim, 42, dalam perjalanan dari Kilim ke Kuah.
Katanya, akibat kemalangan itu, Zubir dan tiga pelancong terdiri daripada dua beradik perempuan berusia 19 dan 26 tahun serta adik lelaki mereka berusia 18 tahun maut di tempat kejadian.
Difahamkan, ketiga-tiga pelancong tersebut baru selesai menyertai aktiviti 'mangrove tour' iaitu aktiviti melawat pelantar pemeliharaan ikan dan memberi makan burung helang di sini.
"Dua beradik perempuan ini sedang mengikuti pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Cyberjaya dan mereka bersama adik lelaki datang ke sini untuk bercuti," katanya.
Isk isk isk, jalan kat Jalan Ayer Hangat tu boleh dikitakan agak lebar dan selesa lah, macam-mana boleh bertembung? Adakah salah lori simen atau Teksi? Orang dalam teksi memang dah tau dah mesti dok ambik gambar punya, pemandu mesti dok intro benda-benda yang dorang dok tanya. So pikirlah sendiri yerrkk.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.