Tiga anak kahwin serentak



MOHD. IRFAN (dua dari kiri), Mohd. Hafiz (empat dari kiri) dan Mohd. Fariz (tiga dari kanan) bersama pasangan masing-masing memotong pulut sambil disaksikan Che Aziz (kanan) dan Zaleha (kiri) pada majlis persandingan di Balai Polis Batu Melintang, Jeli semalam.







Nota: Video diatas hanya sekadar penyibuk artikel dan tiada kena-mengena dengan artikel memandangkan artikel ini tidak dibekalkan dengan meterial video, harap maklum.

JELI - Tiada apa yang lebih menggembirakan kepada sepasang suami isteri apabila melihat tiga anak mereka bersanding serentak pada satu majlis perkahwinan.


Itulah yang berlaku di pekarangan Balai Polis Batu Melintang di sini semalam apabila tiga anak lelaki Che Aziz Hassan, 54, yang merupakan Ketua Balai Polis berkenaan dan isterinya, Zaleha Johari disandingkan serentak dengan program Community Policing.


Mohd. Hafiz, 29; Mohd. Fariz, 24; dan Mohd. Irfan, 22, melangsungkan perkahwinan dengan pilihan masing-masing iaitu Nor Zalila Ayoe, 24; Wan Norhayati Wan Abd. Aziz, 24, dan Nor Hakiah Mohd. Razi, 20.


Che Aziz berkata, anak sulung, kedua dan keempatnya sebelum ini memilih tarikh berlainan tetapi selepas berbincang, semua sepakat mengadakannya serentak.


Buat kenduri serentak senang, safe bujet sikit daripada kenduri asing-asing, lagipun lagi meriah sebab serentak kawan tiga-tiga orang anak datang sekali. Patut contohi mereka ini.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers