Tolak belajar ke Jerman berbaloi



ALOR SETAR - Demi menunaikan impian ibu bapa untuk melihatnya menjadi seorang juruterbang, anak kepada seorang pemandu lori sanggup menolak tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara untuk mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Aeronautik) di Kolej Tentera Udara (KTU) di sini.






Leftenan Muda Mohammad Syaaban Zainal Abidin, 22, berkata, walaupun berat hati untuk menolak tawaran belajar di Jerman dalam jurusan kejuruteraan automotif tajaan Majlis Amanah Rakyat tersebut, dia rela berbuat demikian demi kedua ibu bapanya.


"Pengorbanan saya untuk menunaikan impian kedua ibu bapa akhirnya berbalas apabila hari ini (semalam) saya diumumkan sebagai Pemenang Terbaik Keseluruhan dengan menerima Piala Pusingan Sultan Haji Ahmad Shah dan Pedang Kehormatan," katanya di sini semalam.


Dia berkata demikian ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut pada Istiadat Perbarisan Diraja dan Pengurniaan Watikah Tauliah Pegawai Kadet Siswa Diploma Kelas 2012 kepada 34 pegawai kadet di KTU, Kepala Batas di sini semalam.


Mereka merupakan pengambilan terakhir bagi Skim Pegawai Kadet Siswa KTU usahasama antara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kerana bermula tahun hadapan, TUDM hanya akan mengambil bakal pegawai daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.


Mohammad Syaaban yang berasal dari Petaling Jaya memberitahu, dia kini telah jatuh cinta dengan bidang aeronautik dan bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang orang kenamaan.


Lagi bagus belajar dalam negara, lagipun negara kita lani lagi perlukan hang dalam negara daripada hang dok buang masa kat luaq negara. Apa yang tadak dalam negara kita? Semua dah ada cuma mau dengan tak mau saja, betoi dak?

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers