Najib utus tahniah kepada Presiden Mesir



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menghantar perutusan tahniah kepada Mohammed Morsi yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir yang baharu semalam.



Menurut kenyataan Kementerian Luar, Perdana Menteri juga melahirkan keyakinan bahawa di bawah kepimpinan Morsi, proses transformasi ke arah demokrasi di Mesir akan menunjukkan kemajuan yang signifikan.


"Datuk Seri Najib optimis bahawa dengan ketokohan dinamik presiden, Mesir akan terus memainkan peranan penting dalam arena antarabangsa demi kesejahteraan umat Islam dan masyarakat dunia," kata kenyataan itu.


Najib juga berharap untuk bekerjasama rapat dengan Morsi dalam menerokai bidang baharu yang berpotensi di samping mengukuhkan hubungan rapat dan persaudaraan yang sedia terjalin antara Malaysia dan Mesir.


Morsi diisytiharkan sebagai Presiden Mesir yang baharu pada Ahad lepas setelah menang tipis terhadap pencabarnya, Ahmed Shafiq dengan 51.7 peratus undi.


Morsi memperoleh 13,230,131 undi manakala Shafiq pula meraih 12,347,380 undi. - Bernama


Tahniah kepada Morsi sebab menang bertanding, dan kepada Najib memang patut lah berhubung dengan Morsi kerap-kerap dan ubahlah tanggapan orang ramai terhadap diri kembali kepada yang sepatutnya, mudah-mudahan.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers