108,650 pelajar terlibat salah laku



KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu.







Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, isu ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar.


Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan kekemasan diri.


"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah sedikit, sekiranya tidak diberi perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.


Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.


Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.


Pelajar sekolah sekarang nie semuanya dah terpengaruh dengan filem-filem gangster dalam Malaysia nie, nak jadi taiko, nak jadi otai, nak jadi brother, kecik-kecik dah mengaku masuk 30, 36, 360, 368, 369, 07,08,09 pekida. Sedarlah sikit diri tu makan pun makbapak masih lagi tanggung, ada hati nak jadi samseng. Agak-agak la makbapak siang malam bekerja nak pastikan anak-anak rajin belajar supaya jadi orang yang berguna tapi hakikatnya jadi sebaliknya.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers