iskandarX Society Negara - Kontinjen Malcoy 7 Di Lubnan Dijadual Kembali Ke Tanah Air Isnin

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kontinjen pertama Angkatan Tentera Malaysia Malcoy 7 yang berkhidmat di Kawkaba, Lubnan dijadual kembali ke tanah air Isnin.






Malcoy 7, yang mula berkhidmat pada 24 Julai tahun lepas, menamatkan tugasnya dalam misi pengaman Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) Ahad.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan, upacara serah terima tugas berlangsung di padang kawad Kem Malcon, Kawkaba semalam dan misi pengaman akan diambil alih Malcoy 8.

Upacara penyerahan bendera disempurnakan Komander Malcoy 7 Leftenan Kolonel Hassim Mat kepada Komander Malcoy 8, Leftenan Kolonel Hamdan Ismail dengan disaksikan Panglima Sektor Selatan Brigidier Jeneral Manuel Romero Carril dari Sepanyol.

Kontinjen Malcoy 7, turut dianggotai Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

-- BERNAMA

Peluru cukup tak Kontijen Malcoy 7? Jangan dok tengah perang karang dah tembak 100 round dok bunyi tembakkan dari senapang, lepas 100 round buat bunyi dengan mulut pulak sudah. Aku pun heran peluru pun boleh tak cukup dalam pasukan tentera negara kita sekarang nie.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers