iskandarX Society Negara - Yang di-Pertuan Agong Dan Raja Permaisuri Agong Berangkat Ke Majlis Santapan

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berangkat ke majlis santapan sempena sambutan ulang tahun pertama Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Haminah (YAYSH) di sini Ahad malam.






Keberangkatan Seri Paduka berdua diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada majlis itu, Tuanku Hajah Haminah turut menyempurnakan upacara memotong kek sempena ulang tahun ke-59 baginda dan ulang tahun pertama YAYSH.

Yayasan itu ditubuhkan untuk membela nasib anak-anak yatim piatu miskin serta tiada penjagaan sempurna.

Majlis santapan disajikan dengan persembahan nyanyian dan kesenian oleh anak-anak yatim serta penyanyi terkenal tanah air, Ning Baizura.

-- BERNAMA

Daulat Tuanku, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan dikekalkan keamanan ketas muka bumi Kalahan ini selamanya, Daulat Tuanku.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers