KUALA LUMPUR, 11 JUN 2012: Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussein dan Soo Wincci merupakan lima finalis yang akan berentap di gelanggang Masterchef Selebriti Malaysia yang akan diadakan pada 16 Julai ini.
Pengumuman tersebut telah pun dibuat oleh Chef Jo dalam episod ke-26.
Terdahulu, Farouk Hussein telah pun diumumkan sebagai selebriti yang terakhir yang tersingkir dalam program tersebut namun dipanggil semula untuk beraksi di gelanggang final Masterchef Selebriti Malaysia.
Kejutan yang dilakukan oleh Chef Jo itu disambut dengan baik oleh kesemua finalis.
Penyingkiran Farouk Hussain pada asalnya berlaku disebabkan dia mendapat markah yang rendah dan tidak berjaya untuk mengatasi markah Juliza Adlizan dalam cabaran ujian kemahiran dan tewas kepada Angah ketika dalam ujian penyingkiran.
Dalam itu, seperti yang diketahui umum, finalis pertama yang menempah tempat ke final iaitu Soo Wincci setelah dia berjaya memikat hati juri menerusi masakannya dan sekaligus menang ujian cipta rasa episod terdahulu.
Saksikan Masterchef Selebriti Malaysia Isnin, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Mustika HD (134)
hahah rancangan yang paling geli dan ngeri aku nak tengok rancangan nie lah, Masterchef. Geli geleman aku tengok depa masak, tak tau pasai apa.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.