iskandarX Society Selebriti - Benarkah Jack Lim Terima Setengah Juta Dari Rosyam?



KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Memandangkan penyampai radio MY FM, Jack Lim, 37, pernah membintangi filem dari Singapura dan Hong Kong, pelakon serba-boleh ini dikatakan telah menerima bayaran mencecah setengah juta dari produser tempatan, Rosyam Nor untuk berlakon dalam filem Balistik.










Bagaimanapun, Jack yang ramah orangnya menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan bersetuju menerima tawaran ini disebabkan dua faktor saja.

"Mana ada. Saya masih belum sampaike tahap antarabangsa lagi. Saya juga tidak menerima bayaran setengah juta seperti yang didakwa. Sebaliknya, ia disebabkan 2 faktor saja.

" Faktor pertama adalah kerana ia buah tangan terbaru dari Rosyam yang banyak meraih anugerah. Sebab kedua pula sudah tentu ianya adalah filem arahan dari pengarah tersohor Silver yang banyak melibatkan diri dalam pembikinan filem-filem dari Hong Kong," katanya kepada murai.com.my.

Dalam masa yang sama, Jack tidak menafikan naskhah cerita untuk filem ini sangat bagus dan ianya sudah pun terperap lama sehingga lebih lima tahun.

"Terus-terang, saya sangat takut nak berlakon filem ini. Pada awalnya saya rasa gugup hendak melafazkan dialog walaupun hanya sepatah saja. Saya sangat gemuruh kerana dapat berlakon bersama pelakon yang banyak meraih anugerah.

"Yelah, saya sendiri pun tidak pernah menerima anugerah lakonan walaupun sudah 19 tahun bergelumang dalam industri hiburan tempatan," ujarnya.

Sementara itu, Jack berharap penglibatannya dalam filem ini bakal mencatat satu rekod baru kerana dia berpendapat industri filem Melayu semakin berkembang pesat tidak seperti indsutri filem Cina tempatan.

Wow, meniaga apakah ini? Rosyam bagi RM500k kat Jack Lim? Wow bagi kat aku pun bagus Rosyam oiii. Ke bayar zakat ker.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers