iskandarX Society Islam - Tokoh Maulidur Rasul 2010 Datuk Dr Yaakob Che Man Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Bekas Pengarah Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Datuk Dr Yaakob Che Man meninggal dunia Ahad akibat kanser pankreas.








Allahyarham berusia 58 tahun.

Yaakob, yang merupakan Tokoh Maulidur Rasul 2010, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada kira-kira 3.45 petang.

Anak sulung Allahyarham, Nadiah berkata bapanya dikesan menghidap penyakit itu sejak awal tahun ini dan dimasukkan ke wad Onkologi HUKM Ahad lepas bagi menerima rawatan.

Allahyarham, yang berasal dari Kampung Pulau Musang, Kuala Terengganu, meninggalkan seorang balu, Wan Jamilah Abdullah, 54, dan lapan anak serta seorang cucu.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab, Bangi, kira-kira 6.45 petang.

-- BERNAMA

Al-Fatihah kepada Profesor Datuk Dr Yaakob Che Man.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers