Zoo dikecam kerah cimpanzi laksana proses sanitasi Covid-19 #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Zoo dikecam kerah cimpanzi laksana proses sanitasi Covid-19. SEBUAH zoo di Thailand dikritik gara-gara menggunakan seekor cimpanzi untuk melaksanakan operasi sanitasi bagi membendung penularan Covid-19.

Zoo dikecam kerah cimpanzi laksana proses sanitasi Covid-19. SEBUAH zoo di Thailand dikritik gara-gara menggunakan seekor cimpanzi untuk melaksanakan operasi sanitasi bagi membendung penularan Covid-19.

Zoo itu diselar kerana menggunakan monyet dalam operasi sanitasi.

Pihak berkuasa di negara itu meminta kakitangan Zoo dan Ladang Buaya Samutprakarn agar menghentikan aktiviti itu serta-merta.

Kebimbangan ramai mula disuarakan selepas tular video cimpanzi berusia enam tahun dipakaikan baju sambil menaiki basikal untuk menyembur cecair pembasmi kuman.

Cecair itu diletakkan dalam satu tong di bahagian belakang basikal sambil haiwan berkenaan membuat semburan dalam kawasan zoo.

Menteri Alam Sekitar, Silpa-archa turut hadir ke zoo itu pada Khamis dan meminta pemilik mengentikan segala aktiviti yang boleh mengancam haiwan berkenaan.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama zoo berkenaan terpalit dengan kontroversi.

Pada 2018 misalnya, zoo itu dikritik kerana menggunakan sepasang gajah yang kelihatan kurus dan tidak bermaya dalam pertunjukan mereka.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers