Keluarga petani terkejut jadi saksi kelahiran lembu 2 kepala #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia

Keluarga petani terkejut jadi saksi kelahiran lembu 2 kepala SEEKOR anak lembu yang lahir dengan kewujudan dua kepala ternyata memberi kejutan besar buat seorang petani dan ahli keluarganya.
Keadaan anak lembu itu yang mati sejurus dilahirkan.

Keluarga petani terkejut jadi saksi kelahiran lembu 2 kepala SEEKOR anak lembu yang lahir dengan kewujudan dua kepala ternyata memberi kejutan besar buat seorang petani dan ahli keluarganya.

Ujar Scott Kolousek dari Wessington Springs, selatan Dakota, Amerika Syarikat (AS), dia tidak pernah melihat makhluk seperti itu sepanjang hayatnya.

"Kami tidak tahu anak lembu itu pelik sehinggalah ia ditarik keluar oleh doktor haiwan," ujar isteri petani itu yang dikenali sebagai Amber.

Menurut Amber, semua yang berada di lokasi itu termasuklah doktor haiwan cukup terkejut melihat kelahiran itu.

Namun katanya, anak lembu kepala dua itu mati selepas dilahirkan.

Untuk rekod, seekor kambing kepala dua turut dilahirkan di AS beberapa hari lalu.

Pada Januari lalu pula, seekor kambing berwajah seakan-akan mansuia turut dilahirkan di Rajasthan, India.

Comments


Recent Posts Widget



Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Followers