Amaran jangan suntik pembasmi kuman dikeluarkan susulan dakwaan Donald Trump #PKP #COVID19 #ramadankareem #Ramadhan #RamadanMubarak #PDRM #GERAKMALAYSIA #Malaysia
Amaran jangan suntik pembasmi kuman dikeluarkan susulan dakwaan Donald Trump. RAKYAT di United Kingdom (UK) dilarang membuat sebarang suntikan sendiri untuk mencegah Covid-19, susulan dakwaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump bahawa virus itu dapat diatasi dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan.
Donald Trump memberi penjelasan susulan dakwaannya berkaitan suntikan pembasmi kuman dalam badan.
Amaran dikeluarkan oleh timbalan ketua pegawai perubatan UK.
Terdahulu, Trump didakwa mencadangkan bahawa Covid-19 boleh dirawat dengan menyuntik pembasmi kuman dalam badan.
Dakwaan presiden AS itu ditolak oleh sejumlah pakar perubatan yang menjelaskan tiada bukti yang menyokong kenyataan berkenaan.
Trump yang mengulas laporan-laporan di Rumah Putih, membicarakan tentang kajian yang mendedahkan dakwaan bahawa Covid-19 boleh terjejas oleh suhu panas.
Antara lain, beliau turut menyatakan tentang cecair pembasmi kuman.
"Saya melihat disinfeksi yang mana menghapuskannya dalam masa seminit. Satu minit. Dan adakah terdapat cara kita boleh melakukan sesuatu seperti itu, melalui suntikan dalam (badan) atau menyamai satu pembersihan?
"Adalah menarik untuk mengenal pastinya," katanya.
Comments
Post a Comment
Follow My Twitter http://twitter.com/iskandarX @iskandarX
Follow My Facebook http://facebook.ocm/iskandarX
Follow My Blog http://feeds.feedburner.com/IskandarxSociety-MakeMoneyOnlineIskandarxStylo
Follow Me on Google ++ https://plus.google.com/u/0/102871867053782912924
Jika Artikel ini Memuaskan Hati Anda, Sila Tulis Review Untuk Kami di: http://www.alexa.com/write/review/iskandarx.com.my
Please Use Proper Words To Comment. Do not put your site or any url link inside comment box please or I will remove the comment.